Mereka memohon agar pihak polis menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah sekali gus mengekang penyebaran gambar berkenaan.
"Terima kasih kami ucapkan kepada pihak polis Jakarta Barat atas program Restrortive Justice yang membantu kami menyelesaikan masalah ini tanpa perlu melalui proses hukum," kata Inara.
Tujuan Inara membuat laporan polis bukan dengan niat untuk berlaku kejam terhadap pembantu rumah mereka dan kekasihnya.
Dia hanya ingin pelaku bertanggungjawab atas perbuatannya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.
"Biarlah Allah yang tentukan balasan atas perbuatan itu. Apa yang kami lakukan bukan untuk menzalimi seseorang tetapi untuk menegakkan keadilan.
"Kami juga ingin memberikan pengajaran kepada sesiapa agar sentiasa menjaga moral , etika dan tata tertib serta bijak menggunakan media sosial," katanya.
Inara turut mendedahkan sudah memecat pembantu rumahnya dengan pampasan setimpal dengan pekerjaannya.
Susulan daripada laporan polis yang dibuat itu, bekas pembantu rumah serta kekasihnya membuat permohonan maaf dan mengakui kesalahan mereka secara terbuka di media sosial. -CARI