|
Makanan di Malaysia sememangnya sedap-sedap belaka, kita selalu dengar di luar negara ada rakyat Malaysia jual Roti Canai atau Nasi Lemak kepada rakyat tempatan di negara itu, tetapi kisah ini berbeza sedikit. Seorang lelaki di Jepun yang dikenali sebagai Tateda yang pernah duduk di Kuala Lumpur pernah makan nasi kandar di Malaysia dan dia membuat keputusan untuk membuka sebuah restoran nasi kandar di Jepun. Petikan dari Japanese Heart, Zero-Two Nasi Kandar yang terletak di Tokyo, Jepun merupakan sebuah restoran yang terkenal dengan menu Nasi Kandar dan ia terletak berdekatan dengan Stesen Otemachi dan Chiyoda. Difahamkan, Tateda pernah membuka restoran makanan India di Osaka, dia juga selalu mengembara ke negara India. Dia amat suka rasa dan keunikan nasi kandar, malahan, karinya juga sedikit berbeza dari makanan india. Bahkan juga, bahan-bahan yang digunakan di restoran itu adalah halal dan mempunyai pilihan menu vegetarian, sayuran yang digunakan dalam hidangan adalah segar dan organik. Restoran itu selalu habis dijual dengan pantas and ia juga menjadi kegemaran kepada penganut agama Islam di Tokyo. -CARI |




sambaldurian replied at 27-2-2022 10:03 AM
Apa menda kuah pink2 tu. Tairu ke.seumur hidup aku mkn nasi kandar mcm x pnh jumpa je kuah pink.
becir replied at 27-2-2022 11:42 AM
Tula kan..I teka dessert ke hapa, confused jap


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.801753 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.