Oleh : Izzah Abbasy
Mercun secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun hari perayaan, seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Kemerdekaan. Penjualan secara haram pasti berleluasa ketika perayaan ini. Mercun biasanya dikaitkan dengan permainan kanak-kanak. Namun, ia sangat berbahaya kerana kebanyakan mereka yang bermain mercun pasti ditimpa kecelakaan seperti putus jari, putus tangan dan ada juga yang mengakibatkan kehilangan nyawa. Di Malaysia, pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan dalam kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial. - Sumber oleh : ms.wikipedia.org/wiki/Mercun
Tidak disangkal, mercun adalah untuk hiburan dan permainan semasa menyambut perayaan. Tetapi, ia haruslah dipantau oleh orang yang lebih dewasa supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Ahmad Busu dan Sabri Yunus ini sangat tinggi maknanya. Tetapi, malangnya ia tidak diputarkan di corong radio mahupun kaca televisyen. Harapan sudah pastilah penyampaian lagu yang penuh pengajaran ini didengar oleh anak-anak muda kini. - CARI Infonet
|
18
Bagus |
13
Marah |
12
Terkejut |
18
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT