Dalam industri seni, juru solek atau make up artist memainkan yang penting untuk memastikan artis sentiasa berpenampilan cantik dan segak. Artis lelaki juga akan disolek supaya mereka kelihatan lebih 'fresh'. Begitu juga dalam dunia lakonan apatah lagi jika pelakon itu memainkan watak yang lebih tua atau muda dari usia yang sebenar. Sentuhan make up artist ini sememangnya dapat mengubah rupa seseorang. Memang luar biasa. Baru-baru ini, Syafiq Kyle telah memuat naik foto terbaru di akaun Instagram miliknya. Kelihatan wajah Syafiq Kyle tampak begitu muda dari usianya. Sebelum ini kita sering lihat wajah Syafiq Kyle yang matang dan kacak. Tetapi di dalam foto itu, Syafiq Kyle kelihatan seperti remaja sekolah. Wajahnya terus bertukar menjadi baby face. Mungkin Syafiq Kyle akan berlakon menjadi seorang remaja dalam drama terbarunya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen terkejut dengan perubahan wajahnya yang ketara itu. Salah seorang artis yang turut meninggalkan komen ialah Sharnaaz Ahmad. Sharnaaz sempat mengusik Shafiq Kyle dengan mengatakan "berapa belas umur awak". Comel pula Syafiq Kyle di dalam foto itu. Hebat betul penangan make up artist yang berjaya menukar wajah Shafiq Kyle. -CARI
|
ADVERTISEMENT