CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nyanyi Semula Lagu, Tajul Bukan Nak Tumpang Populariti Arwah Achik Spin

24-2-2022 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3405| Komen: 24

Tajul Arif, 23, terpaksa akur kehendak syarikat rakaman biarpun keberatan menyanyikan semula lagu dendangan arwah abangnya, Acik Spin ekoran bimbang dituduh menumpang populariti.


Namun, percaturan syarikat rakaman, FMC Music menggandingkan Tajul dan Afieq Shazwan menyanyikan semula lagu Malam Semakin Dingin nyata tidak sia-sia apabila lagu itu berada dalam kedudukan Top 3 Karaoke Trending Hit pada Joox Top Music Awards Malaysia, baru-baru ini.

Ditemui sejurus majlis, Tajul berkata, dia tidak menyangka video muzik Malam Semakin Dingin ditonton hampir 25 juta dalam laman YouTube, sekali gus menjadi pilihan 'kaki karaoke'.


Foto: IG

Menyifatkan kemenangan diraih sebagai rezeki, Tajul berkata, dia tidak pernah merancang menyanyikan semula lagu-lagu arwah abangnya, sebaliknya hanya mengikut kehendak syarikat rakaman.

"Saya percaya pasti timbul dakwaan mengatakan saya ingin menumpang populariti apabila menyanyikan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan arwah.

"Namun, saya semakin lali dan langsung tidak ambil hati sekiranya masih ada yang memperkatakan mengenainya.



"Bagi saya, tidak salah saya menyanyikan semula lagu arwah. Saya menyanyi lagu milik arwah abang, darah daging saya sendiri. Lagi pun, ia juga atas kehendak syarikat rakaman.

"Namun, apa yang membuatkan saya tidak sangka lagu Malam Semakin Dingin nyata membawa tuah kepada saya dan Afieq. Apabila difikirkan semula, pendengar pasti akan terkenangkan arwah jika lagu nyanyian kembali dipopularkan," katanya kepada BH Online.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, awalnya dia dan Afieq juga terasa janggal apabila perlu berduet menerusi lagu Malam Semakin Dingin.



"Selalunya lagu duet dinyanyikan penyanyi lelaki dan wanita. Jadi, apabila FMC Music minta dinyanyikan secara duet, Afieq agak keberatan kerana bimbang dituduh bukan-bukan.

"Namun, syarikat rakaman menganggap ia satu kelainan apabila menggabungkan dua penyanyi lelaki. Nyata percaturan ini tidak silap.

"Selepas lagu Malam Semakin Dingin, ramai peminat mahu kami menyanyikan lagu lain milik arwah. Antara lagu yang menjadi permintaan, Resah Kerinduan yang dilancarkan, semalam," katanya.


Video muzik Resah Kerinduan baru sahaja dimuat naik, namun, sudah ditonton hampir 173,000 pelayar dalam masa tempoh selama 24 jam.

Mengulas sampai bila akan terus menyanyikan lagu arwah Achik, Tajul berkata, dia akan mengikut apa sahaja kehendak syarikat rakaman.

Bagaimanapun, katanya, itu bukan bermakna dirinya tidak akan menghasilkan single baharu.



Penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu itu berkata, dia dalam proses untuk menyiapkan single baharu, walaupun sibuk dengan lagu duet.

"Saya tidak pernah lupa single solo, cuma, buat masa ini, jadual agak sibuk dengan projek duet. Sebenarnya, perancangan untuk menghasilkan single solo memang ada, malah dalam proses menyiapkannya.

"Saya juga tidak pernah mengehadkan berduet dengan mana-mana penyanyi, malah, tidak pernah menghalang sesiapa sahaja mahu menyanyikan semula lagu arwah abang," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 24-2-2022 02:51 PM
please la..arwah acik nyanyi lagu tu da sesuai da sebab dia sorang je jantan yg menyanyikan..ni time ko da cam lagu gegayah plak urghhhh jijik yachhh
Quote Temenung 24-2-2022 03:05 PM
Adik bradik arwah achik ni ada brpa org sbanarnya?

Tak silap aku selain tajul dgn tuah ada sorang lg gak adik bradik diaorg penyanyi.tp aku x ingt apa nama entah.
Quote woven11 24-2-2022 03:07 PM
Low class popular dengan lagu cover je.. fmc pun dah ketandusan idea
Quote rhk131219 24-2-2022 03:07 PM
ok je tajul nyanyi lagu arwah abang dia balik cuma dia silap ambik afiq shazwan tu nyanyi sekali patut dia sorang je
Quote prince_marhaen 24-2-2022 03:13 PM
rempit khampung katik muka fonen ni kalau bagi statement tak pernah tak berlagak...nak begegau gegau je sembang sambil petik2 nama arwah... yihhhh
Quote Mawar91 24-2-2022 03:20 PM
Temenung replied at 24-2-2022 03:05 PM
Adik bradik arwah achik ni ada brpa org sbanarnya?

Tak silap aku selain tajul dgn tuah ada sorang l ...

Sejak bile Tuah Ngan Tajul adik beradik?mentang2 muke nak sme & pangkal nme T ek?
Quote Temenung 24-2-2022 03:49 PM
Mawar91 replied at 24-2-2022 03:20 PM
Sejak bile Tuah Ngan Tajul adik beradik?mentang2 muke nak sme & pangkal nme T ek?

Ok aku salah org.ingatkan tuah adik beradik tajul

Sbb muka nak lebih kurang.tp tuah lg cute
Quote buragazz 24-2-2022 05:00 PM
Nyanyi je.. aku suka versi updated arrangement dan deLemanize kan lenggoknya.. atleats budak2 kecik pun suka contoh lagu malam semakin dingin tu... segar sikit soundnya.. tak nak dengar tukar la channel lain.. aku pun klu tak diorang nyanyi semula aku pun tak tau lagu tu contoh lagu Tragedi Cinta dengan Wani Barista tu mati2 aku ingat lagu baru.. rupanya Arwah ngan Nana...
Quote seri_mawr 24-2-2022 05:00 PM
aku suka dgr suara afiq syazwan tu nyanyi lagu Malam semakin Dingin tu....
Quote whimsicalmusic 24-2-2022 06:04 PM
Rempitssss
Quote Mulotkoyak 24-2-2022 07:39 PM
Ak rase die ni selalu petik name arwah utk menaikkan popularity dlm medsoc or dgn wartawan. Apa kata ko buat je kalo ko nk buat. Sebut sekali je yg ko akan cover balik lgu arwah biar peminat ko fhm. Just ckp sekali je. Xperlu repeat dr dlu. Nnt org nyampah.
Quote sleepandream 24-2-2022 08:24 PM
ok jah nyanyi lagu lama balik... malam semakin dingin tu pon boleh lg iols layan...
tapi heols kalau nyanyi live mcm amatur sgt...
Quote AKAZ85 25-2-2022 01:28 AM
Dia ni kan yang meroyan stress xcukup tidur pasal anak meragam malam tu kan.. Aura ko tetap xboleh lawan arwah achik.. Walaupun dah bertahun meninggalkan dunia ni kalau dengar lagu arwah tetap terasa feel dia
Quote jargon 25-2-2022 03:24 AM
Lagu mlm semakin dingin tu best je dgr bau2 nasyid lenggoknya bila di modenkan…ok je tajul gn afiq tu nyanyi sedap jgk..klau kat radio kalu pon ulang2 aku x kalih cenel…bole la tajul ni modenkan lagu arwah lg2 yg xpernah dgr or bukan main songs…
Quote masdiana-ana 25-2-2022 09:51 AM
Iols suka duet dia dgn Afieq nampak ada keserasian suara diorg bila duet tapi iols lagi suka suara Afieq harap lepas nie ada single yg baru bukan lagu cover
Quote shernazz 28-2-2022 08:22 AM
Alah
Lama dah lagu ni jadi pilihan karok lahhhhh
Quote inspektoremos21 28-2-2022 09:42 AM
Mulotkoyak replied at 24-2-2022 07:39 PM
Ak rase die ni selalu petik name arwah utk menaikkan popularity dlm medsoc or dgn wartawan. Apa kata ...


kan. rasa dari awal kemunculan lagi dok sebut2 pasal arwah. Kadang wartawan tak tanya pun tapi dia yg sebut dulu haha.. pastu fmc pun try hard naww nak jadikan tajul & wany mcm achik nana. Menjadi la jugak tapi so-so je la
Quote acikbajuhijau 28-2-2022 09:57 AM
acik pun tak kenal kau kalau kau bukan guna nama sebagai adik arwah. sejujurnya acik tak penah dengar lagu kau dik. baca artikel kau dari dulu smpi skrg kau duk sebut pasal arwah abang arwah abang je dari dulu smpi skrg.
Quote TomyamPuteh 28-2-2022 10:53 AM
Arwah tu abg dia kot.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.070413 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top