CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Persoal Pelan Tempat Duduk Stadium JDT Yang Tak Adil!

23-2-2022 07:11 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2473| Komen: 0|Original author: Agent13k

Demam Liga Malaysia (Liga M) semakin hangat dan ramai penyokong kelab bola sepak yang bertanding sudah membuat rancangan untuk menonton perlawanan sukan itu secara langsung.

Bagaimanapun, tular di Facebook mengenai pelan tempat duduk stadium juara Liga Super 2021 Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan "kedekut" bagi penyokong lawan.


kredit foto: The Star

Menurut laporan Majoriti, pelan tempat duduk Stadium Sultan Ismail itu menunjukkan tempat duduk penyokong lawan dikhaskan di kawasan hujung stadium dengan kapasiti yang amat kecil.


" data-width="500">Loading FB Post...

Malah, perkara itu mengundang perasan kecewa peminat kelab lain terhadap pihak stadium terutamanya penyokong KL City FC (KLFC) yang akan menentang JDT di Stadium Sultan Ismail pada Sabtu ini bagi perlawanan Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah).


kredit foto: JDT IG

Difahamkan, peminat KLFC meluahkan ketidakpuasan hati tentang kawasan yang diberikan kepada penyokong di stadium itu, tetapi ada pihak lain berkata bahawa pelan tempat duduk itu hanya untuk perlawanan liga dan bukan untuk kejohanan Piala Sumbangsih atau kejohanan yang menggunakan stadium berkenaan sebagai tempat neutral.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.287683 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top