|
Jika kita mahu menghantar "resume" untuk meminta peluang pekerjaan, sudah tentu tanggapan pertama dalam bentuk email adalah perkara paling penting sebelum ditapis Bahagian Sumber Manusia (Human Resources Department).
Tetapi ada calon pekerja cuai kerana lupa untuk memeriksa email sebelum dihantar kepada bakal majikan. Menurut Beautifulnara, tular sebuah ciapan yang berkongsi satu permohonan "resume" dihantar seorang pelajar yang mengharapkan untuk mendapat kerja dalam latihan industri. Tetapi apa yang menarik perhatian orang ramai apabila pelajar itu ter"forward" bersama mesej berbaur romantis. Menerusi ciapan tersebut, penghantar mungkin tidak perasan mesej berkenaan sebelum menghantarkannya ke HR. Menurut penulis ciapan itu, kesilapan kecil berkenaan seharusnya perlu dielakkan ketika menghantar permohonan kerja ataupun penempatan latihan industri kerana ia boleh memberikan tanggapan kurang baik kepada bakal majikan. Cukup menarik juga, ramai netizen di Twitter terhibur melihat email yang dihantar oleh pelajar itu. Ada juga mencadangkan pihak universiti untuk mengajar cara menulis surat rasmi supaya kesilapan ini tidak berlaku sekali lagi. - CARI |

pxlbb replied at 24-2-2022 08:50 AM
Iye iols pun reject sbb (1) careless, tak teliti (2) pemalas, resume pun mintak boyfriend buat. Ntah ...

FMKiller replied at 24-2-2022 04:44 PM
Yang Faisal Rahim tu reply "kesilapan reply fwd message, penggunaan CC, BBC"
AverageJoe replied at 25-2-2022 06:33 AM
BCC stands for 'blind carbon copy' dimana kalau kita letak penerima dalam BCC, penerima yang lain ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049272 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.