Bonda Rozita terkenal dengan keperibadiannya yang ramah dan merendah diri. Walaupun Bonda merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia, namun, dia tidak pernah sombong. Baru-baru ini Bonda telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya. Kelihatan Bonda sedang menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak rakannya. Semasa pergi ke majlis itu, Bonda telah memakai kasut yang telah lama tidak digunakan. Disebabkan itu tapak kasut tersebut tiba-tiba lekang semasa Bonda sampai ke majlis.
Kebetulan pada hari itu, Bonda tidak membawa kasut lain yang dapat digantikan. Pada mulanya Bonda malu untuk masuk ke majlis itu, tetapi lepas dipujuk oleh rakannya, maka Bonda pun bersua muka dengan pengantin di dalam bilik khas jemputan tanpa memakai kasut. Nasib baik jubah Bonda agak labuh, boleh cover line. Mesti ramai di antara kita yang pernah menghadapi situasi ini? Kalau mengimbau kembali pasti nak tergelak. Bonda juga mengatakan dia 'kampung people' kerana tidak suka berbelanja secara berlebihan. Bonda jarang keluar untuk membeli kasut atau baju. Bila lama tak shopping kasut, inilah yang terjadi... Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka juga pernah berada di situati ini. Ada juga netizen yang mengatakan ini ialah kenangan lucu yang selamanya akan diingati sampai bila-bila. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|