Menyedari ada segelintir wanita yang berhasrat menjadi ibu berkecil hati dengan perkongsian dirinya yang kini menjalani rawatan kesuburan IVF (persenyawaan in-vitro), penyanyi Misha Omar membuat permohonan maaf.
Misha, 40, tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan dan mengharapkan orang ramai mendoakan baik-baik agar hasratnya untuk hamil sekali lagi diperkenankan Allah SWT. “Rawatan kesuburan memang saya dah teruskan dan sekiranya ada berita baik (sudah hamil), saya akan kongsikan kepada umum. “Dulu saya kongsi secara terang-terangan, ada juga wanita yang sedang ‘struggle’ (berdepan kesusahan) untuk dapatkan anak terasa hati.
“Saya faham, apabila bercakap tentang usaha pencarian zuriat, semua orang mudah berasa sensitif. Tapi saya nak ingatkan, perkongsian saya sebelum ini hanya untuk mewujudkan kesedaran. “Mungkin apa yang saya kongsikan sebelum ini melukakan hati mana-mana wanita yang sedang berusaha keras untuk mendapatkan anak. Saya minta maaf, cuma saya nak ingatkan, artis atau bukan, kita semua berkongsi kesusahan sama,” katanya kepada Kosmo! Online usai persembahan makan malam amal Bunga-Bunga Cinta di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
|
AshkieLa replied at 23-2-2022 01:31 PM
pada yang terasa tu... LEMAHHHH
tolong muhasabah dan perbaiki HATI tu..
mungkin sebab punya sifat mu ...
cmf_premierleag replied at 23-2-2022 01:04 PM
Bongoknya la netizen2 yg nak terasa hati bila misha buat IVF
Bukannya dia guna sperma laki korang pu ...
mawarkhayalan99 replied at 23-2-2022 06:07 AM
cantiknya kak mitchhhhh
ADVERTISEMENT