CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Hamil Serentak Dengan Ibu! Bapa Paling Happy Dapat Anak, Cucu Beza Umur Cuma 12 Hari

23-2-2022 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1741| Komen: 7

Hamil serentak dengan ahli keluarga yang lain pastinya memberikan pengalaman manis dan bermakna.

Manakan tidak, setiap aktiviti serta perkembangan bayi dalam kandungan boleh dikongsikan bersama.


Berkongsi pengalaman manisnya kepada mStar, Nur Juliana Ahmad, 26, berkata, pada awalnya dia agak terkejut apabila ibu tirinya, Hafizah Azlan yang mesra dipanggil umi memaklumkan bahawa dia turut mengandung.


Foto: Tiktok/mstar

"Saya mengandung anak kedua, anak pertama sekarang 1 tahun 10 bulan... umi pula anak keempat.

"Pada mulanya saya dapat tahu dulu yang saya mengandung, dua minggu selepas tu umi datang dan tanya macam mana keadaan saya sebab umi hamil dah sembilan tahun jarak dengan anak ketiga jadi dia dah lupa.

"Saya ceritalah yang saya rasa letih, mual, tiada selera makan... dia cakap dia pun ada rasa macam tu.

"Dia pun tak jangka, sebab dia jenis tak datang period dan sentiasa cucuk (ubat perancang) setiap tiga bulan, jadi dia tak fikir pun mengandung. Tapi lepas cuba pregnancy test, tengok dua line, masa tu baru dia tahu mengandung," katanya sambil memaklumkan mereka sama-sama terkejut.



Menurut Juliana yang juga peniaga ais krim, dia juga tidak sangka akan mengandung bersama-sama ibu tirinya yang baru berusia 34 tahun.

"Sebelum ini saya pernah mengandung serentak dengan ibu kandung, cuma jaraknya jauh sikit iaitu kira-kira lima bulan... kali ni hanya beza hari. Apa pun, kami sama-sama gembira sebab saya nak dapat adik lagi dan umi pula nak dapat cucu kedua. Tapi kami tidak pernah check-up bersama sebab klinik lain-lain.

"Setiap kali lepas check-up kami akan bertanya khabar masing-masing selain berkongsi keputusan scan dan tumbesaran bayi.

"Kalau ikut due date, kami hanya beza sehari tapi umi sakit kencing manis yang kena insulin, jadi dia kena bersalin awal dua minggu.

"Saya pula ada juga kencing manis masa mengandung tapi on diet control jadi tak perlu makan ubat sebagainya dan due date macam biasa cuma awal empat hari," ceritanya gembira.


Juliana, suami dan anak pertama. Foto: mStar Online

Dia juga memaklumkan yang bapanya sangat gembira kerana akan mendapat cucu dan anak bongsu serentak malah dia juga tidak jangka keadaan itu kerana sudah lebih sembilan tahun tidak menimang cahaya mata.

Tambahnya yang menetap di Kangar, Perlis, disebabkan uminya bersalin awal, jarak umur antara anaknya dan adik bongsu berbeza tahun.

"Anak saya lahir 4 Januari lepas dan adik lahir pada 23 Disember tahun lalu. Kami berpantang berasingan dan saya dijaga oleh ibu kandung.

"Tapi masa umi bersalin, saya sempat pergi tengok dia dan adik di rumah," ujarnya sambil menyatakan terdapat kata-kata sinis yang menyatakan dia tidak merancang sebaiknya kerana jarak umur antara anak sulung dan kedua kurang dua tahun.


Anak (kiri), adik (kanan) Foto: mStar Online

Bercerita lanjut, ujar Juliana yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik, sepanjang tempoh itu, banyak kenangan manis tercipta antara dia dan umi.

"Kami mengandung serentak, jadi banyak perkara dan cerita dikongsi bersama. Kalau saya pergi check-up, umi akan ambil jika suami sibuk.

"Kalau saya mengidam, umi akan carikan atau ayah masakkan dan kalau umi mengidam saya pula akan cari. Paling best bila kami mengidam benda yang sama iaitu mentarang dan siput belitong.

"Saya pula banyak baju baby, jadi saya bagi separuh kepada dia... umi pun kalau beli baju untuk adik, dia akan beli untuk cucu dia juga," ujarnya yang turut gembira mendapat anak dan adik perempuan.

Tambahnya, kedua-dua anak dan adiknya itu seperti kembar kerana apabila seorang menangis, seorang lagi akan menangis juga. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 23-2-2022 01:01 PM
oh,setakat mak tiri dgn anak tiri lawan perut tu dah biasa dengar dah…ingatkan mak kandung umo hujung 40an ke tadi..
Quote bakingsoda 23-2-2022 01:16 PM
exclusive_vvip replied at 23-2-2022 01:01 PM
oh,setakat mak tiri dgn anak tiri lawan perut tu dah biasa dengar dah…ingatkan mak kandung umo huju ...

tapi dia claim pernah gak pregnant serentak ngan mak kandung dan anak dia yg first tu tak sampai umur 2 tahun lagi. maksudnya mak kandung dia pon masih ada anak kecik la, mungkin adik yg tu umur 2 tahun+ sikit sbb beza 5 bulan katanya
Quote Suchi 23-2-2022 01:27 PM
Ayah dia umur berapa? Mak kandung dia pun subur lagi kan? Kira mak ayah dia bercerai dan masing2 kawen lain kan pastu sama2 menambah anak baru.

Hat baju belang2 tu mak muda dia la kan.

Quote exclusive_vvip 23-2-2022 01:29 PM
bakingsoda replied at 23-2-2022 01:16 PM
tapi dia claim pernah gak pregnant serentak ngan mak kandung dan anak dia yg first tu tak sampai u ...

oh haah la..termiss pulak yg dia sebut penah mengandung serentak dgn mak dia tu..
Quote lasagnaklcc 23-2-2022 01:35 PM
Kena baca byk kali baru faham. Adik tiri dia dpt, adik kandung pon dia dpt.  
Quote musangbodoh 23-2-2022 01:37 PM
kuat btol sperm ayah dia...
Quote hareeeesah 23-2-2022 11:09 PM
Mesti mak ayah kawin muda sgt.. pastu cerai kwin lain. Dia pun dh 8beradik.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.601795 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top