CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Taksub Sangat! Bukan Lagu Indonesia Je Yang Hebat, Alahai Gelilah," – Hattan

23-2-2022 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2701| Komen: 16

Penyanyi legenda tanah air, Datuk Hattan, mengkritik tindakan pengurusan program realiti TV tempatan. Mereka dilihat gemar mengangkat dan menggunapakai lagu-lagu negara luar seperti Indonesia berbanding lagu penyanyi dan pemuzik kelahiran negara sendiri.


Menurut Hattan, pemerhatian itu sudah lama dibuat olehnya dan seharusnya hal ini dipandang serius bagi menyokong kelangsungan lagu-lagu tempatan.


Foto: Utusan

“Kalau cakap pasal realiti tv ini kan, bukan nak cakap apalah.Tengok bakat yang ada di Indonesia, dahsyat-dahsyat. Kita? Masih macam itu lagi.

“Lepas itu, macam manalah kita ini buat realiti tv ya? Setengah lagu Indonesia, setengah lagu kita. Macam mana nak tolak lagu tempatan ini ke depan? Lagu kita pun tak kurang hebatnya. Berlambak! Boleh pilih saja lagu lama atau baru.


“Masalah sekarang, kita ini bagaikan terlalu taksub sangat dengan lagu-lagu Indonesia. Macam lagu mereka saja yang hebat. Alahai, gelilah,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.



Selain itu, kata Hattan, dia juga berpendapat, segelintir artis tanah air yang memasuki program-program realiti tv juga harus mempersiapkan diri dengan usaha yang lebih. Ini memandangkan masing-masing sudah ada pengalaman dan latar belakang meyakinkan dalam bidang seni.

“Tengok bagaimana Hetty Koes Endang beria-ia mengajar peserta sebuah program tv sebelum ini. Yang diajar itu merupakan artis-artis yang dah ada album. Ada yang dah masuk Anugerah Juara Lagu (AJL), masuk pentas final pun.

“Malulah pada orang Indonesia, penyanyi kita dah ada album pun nak kena diajar begitu begini, menyanyi sumbang mambang. Apa ini?

“Itulah yang saya kerap kali sebut pasal maruah dan jati diri. Kita mempertahankan maruah itu bukannya bila saya tanya pasal maruah, ada pula yang menjawab oh… masuk pertandingan bukannya melompat atau telanjang,” katanya.



Mengulas lanjut mengenai hal itu, kata Hattan, sebagai anak seni tempatan, dia berasa malu apabila penyanyi atau pemuzik negara luar menilai standard anak seni Malaysia.

“Namakanlah satu konsert artis Malaysia yang meletup di Indonesia, kecuali konsert Datuk Sheila Majid saja. Itu pun dulu. Kemudian, konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza pun tak lepas. Kenapa?

“Sebab di Indonesia, mereka sangat tegas. Bukan senang nak masuk sana dan banyak halangan disana sini. Negara kita saja yang selamanya nak terbuka sangat. Adakah artis kita dapat sebarang anugerah atau pingat kebesaran di sana? Tak ada kan?

“Sebab itulah kita kena jaga maruah kita, karya kita. Bukanlah saya menyampah dengan pengkarya di sana. Tapi kita harus angkat karya kita dahulu. Tolak lagu tempatan ke depan,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnnaSendin 23-2-2022 09:02 PM
Ader jur lagu indonesia yang best tapi lagu2 deols so cliche yach. Lirik tak puitis. Dan now pin lagu2 Malaysia dah guna lirik ala2 bahasa indonesia. Bisa, karena, mencinta, teruntukku.
Quote Mulotkoyak 24-2-2022 12:51 AM
Hattan dr dlu mmg xsuke music indon masok malaysia... Lgu omputih xpe la plak kn. Lg hattan pun yg femes rendang xberbuah. Lg lain ak xtau.
Quote codenamedream 24-2-2022 12:58 AM
Tok Hattan pun release lah lagu2 yg berkualiti. Takkan nak ulang dgr lagu2 lama tok tan jer.
Quote MidoriHijau 24-2-2022 01:12 AM
Yang ini iols sokong Hattan! Hari tu iols tgk indonesian idol. Ya rabbi bestnya. Juri & peserta semua best2. Berbeza betul dgn realiti tv msia. Tak habis2 ceduk negara luar punya pastu sendu.
Quote izat123 24-2-2022 01:19 AM
Tok Tan ni konsisten okay mengamalkan sikap tak terlalu terbuka kepada Indonesia dari dulu. Kalau ingat industri kita dulu pernah teruk diserang garuda zaman peterpan apa semua tu. Album album artis malaysia especially yang berkumpulan tak laku orang semua nak dengar lagu Indonesia je. Mujur kebangkitan semula indie band era MUH, Hujan, Bunkface memeriahkan balik industri zaman cerita KAMI.

But tbh artis sana memang banyak berbakat pun negara besar kan. Ditambah dengan sikap bersungguh diorang dalam bermuzik dan meraikan seni. Bersungguh ni kita boleh tengok diorang punya realiti tv dengan kita punya berapa jauh beza dia dari segi teknikal macam audio, stage, lighting. Gegarvaganza yang paling popular tu pun nampak so yesterday je audio kat tv pun hauk. Tengok x factor indonesia, indonesian idol bandingkan. Plus tahap intelektual muzik peserta pun jauh lah kalau nak banding dengan peserta big stage misalnya. Sebab tu Tegar tu pun tak boleh cari makan kat sana kot ada berpuluh ribu macam dia kalau setakat tahap dia. Kat sana takde dah pakai modal sedih sedih cerita sedih semua ni so yesterday dah tahun 2022 pun ada budak big stage pkai modal kalau arwah ayah saya hidup lagi bla bla bla masa minggu pertama. Zaman Mawi AF dulu boleh lah kau masuk pertandingan menyanyi kot bukan bersamamu.
Quote alieyrina 24-2-2022 02:23 AM
Ntah laa..lani aku duk sibuk cari balik lagu melly, coklat,so7,kotak,padi semua .. mode trobek tiba2 muncul
Quote doubleharmonic 24-2-2022 06:26 AM
bukan takat masuk ajl masuk pentas final jahh tapi dah jadi juara dan menang vokal terbaik pon debah nour tuhh?
Quote kitmal 24-2-2022 07:08 AM
tengok kualiti lagu....
Quote bulalof 24-2-2022 08:17 AM
bbnu yg byk lame dan memalukan.

Quote Hamani77 24-2-2022 08:23 AM
setuju Dato'.
lagu bbnu sekarang ni pun banyak yang tak berkualiti. setakat dengar geli - geli telinga bolehlah
Quote che-cikL 24-2-2022 11:19 AM
Sakit telinga dgr lagu Malaysia ada coba, coba. Rasa nk tunjal2 BBNU Sufian Suhaimi, Haqiem Rosli
Quote MadameOnion 24-2-2022 12:20 PM
acik dengar lagu korea je
Quote midori_katana 24-2-2022 12:30 PM
sokong hattan!
Quote Drmu 24-2-2022 04:29 PM
Tpikan, lagu2 Indonesia feeling dia kelangit gitu. Klau lagu2 ketuhanan dia sampailah feeling tu. Ada jiwa dlm lagu. Klau Malaysia xbyk lagu blh yg iol rasa feel smpai. Sekian melaporkan
Quote Nenasketum 24-2-2022 04:35 PM
Diorang beratus jota manusia babe, bakat memacam & ramai gak yang ber one hit wonder. Kat sini, asik2 la CT Felda jerk yang nyanyi, bosan ok. Yang talented tak diketengahkan sebab tak pandai buat skandal. Sekian.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.630140 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top