Datuk Nora Ariffin, mengakui sebagai seorang selebriti, dia haruslah berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata di media sosial kerana menjadi tumpuan warganet.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerusi sebuah coretan ringkas di Instagram miliknya. Menurut Nora, dia menyifatkan media sosial kini sebagai satu platform yang bahaya kerana walaupun bergurau tanpa ada niat tidak baik, ia boleh menjadi isu yang serius. “Di media sosial hari ini sangat bahaya, sebagai selebriti tidak boleh bercakap sembarangan.
“Kadangkala kita bercakap, bergurau tanpa ada niat yang tidak baik. “Itupun boleh menjadi isu. Aduhai,” coretnya di InstaStory.
|
ADVERTISEMENT