CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pakai Kanta Empat Depa Pun, Bukan Masalah Korang,"- Kelly Azman Bengang Dikutuk

23-2-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2098| Komen: 15

Pengacara dan selebriti media sosial, Kelly Azman, melahirkan rasa hairan mengapa sehingga kini, warga net tidak berpuas hati dengan dirinya selain sering melakukan ‘body-shaming’ dengan harapan dapat menjatuhkan kerjayanya.


Mengaku bahawa dirinya langsung tidak tersinggung dengan kata-kata nista netizen, bagi juri program All Together Now Malaysia (ATNM) ini, dia cukup sedar soal pemakaian kaca matanya yang tebal sering menjadi bahan sindiran di media sosial.

Foto: IG

“Saya pun tak fahamlah. Apa masalah engkau orang (netizen) semua ya? Kanta sedepa atau empat depa sekali pun, yang pakai itu adalah aku. Cermin mata aku.

“Yang penting sekarang, aku pakai dan aku boleh nampak dan melihat. Aku tak buta ya!”katanya yang memulangkan paku buah keras kepada netizen yang memperlekehkan dirinya.

Ia juga bagi menjawab komen-komen netizen yang berlegar di media sosial semasa dia dijemput untuk menjadi juri program Mic On di Awesome TV baru-baru ini.



Antara komen yang dilemparkan oleh penonton dan pengguna media sosial adalah merujuk kepada personaliti dan imejnya yang menggunakan cermin mata tebal.

Selain itu, menjawab kecaman netizen yang mendakwa dirinya sebagai buta fesyen selepas dia memberi komen tentang hal tersebut kepada peserta Mic On, Kelly ada jawapan tersendiri.



“Buta fesyen? Apa maksud mereka? Kita boleh nampak, di pentas besar, persembahan berbentuk pertandingan, tentulah kita nak tengok peserta daripada aspek keseluruhan. Ia termasuklah bagaimana mereka bergaya dengan imej yang dibawa.

“Kita nak tengok baju apa, busana rekaan siapa, nak tengok pembawakan peserta itu secara menyeluruh. Ini, ada yang pakai baju, alahai, tolonglah, tahun bila ya?

“Saya tahu apa yang saya komen dan tentunya dapat memberi input dan impak buat peserta,”katanya.



Untuk info, Kelly menerusi program Mic On merupakan juri Suar Net yang memainkan peranan melontarkan suara netizen kepada peserta-peserta program itu.

Selain Kelly, selebriti lain yang turut memeriahkan program tersebut ialahg Fad Bocey, Ajak Shiro dan Ropie yang berperanan sebagai pengurus.

Mic On bersiaran di saluran Awesome TV, setiap Jumaat, pada pukul 9 malam. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fry 23-2-2022 11:07 AM
dia unik...u go sis..i supot u
Quote babelina 23-2-2022 12:01 PM
gigih btl dia dlm industri nie..
Quote prince_marhaen 23-2-2022 02:49 PM
bapok binatang ni macamana boleh muncul eh? sblm ni ada ternampak sipi-sipi dia jadi nasi impit dekat event-event artis, pastu self claim entertainment reporter, blogger bagai apa butoh semua...tup-tup masuk rancangan TV... of course production & stesen TV skrg takde tapis2 pun host / pengacara / juri...main sebat jek...jijikk!
Quote buragazz 23-2-2022 04:11 PM
Tak ambik hati dah le diam.. jgn menyemak..
Quote KamikuP 23-2-2022 04:33 PM
Meolss agak heshe ni arwahnya sepisiput ekekeke
Quote selipar_hijau 23-2-2022 05:07 PM
Dia ni sape memang penyanyi ke? Pelakon? Soalan serius ni wei
Quote imanjannah 23-2-2022 05:09 PM
sapa ni weiii
Quote exclusive_vvip 23-2-2022 05:14 PM
cermin mata tu bleh je nipiskan kan? i lupa la istilah apa..utk yg power @ astig tinggi..kalu x nipiskan tu, mmg la kena pakai kanta tebal..alahhh,bukan mahal sgt pun..
Quote nicolebaby 23-2-2022 05:21 PM
Hesheols pernah buat online concert...guest artist Dayang, i think Dayang did it as courtesy and friendship.
Quote Prickford 23-2-2022 05:26 PM
KAU DIAMLAH PONDAN!
Quote nakkomenjugak 23-2-2022 05:34 PM
Bff arwah tokpit kuat sentapppp
keeee tu mendiang tokpit????
Quote Perawankota 24-2-2022 03:10 AM
Dia ni asalnya wartawan.. Tiba2 ter glemer pulak
Quote TomyamPuteh 24-2-2022 09:28 AM
Aku lbh rela tgk Diva AA. Ada lagi la aura hensemnya tu. Si Kelly Ng ni dh mcm rupa Vietnam yg kaki makan kuceng tu dh ha.
Quote Harley_Quinn 24-2-2022 01:51 PM
Euw sgt letak kelly. Nma betul azman kot
Quote myakayina 25-2-2022 10:52 AM
astagaaa..sapa plk ni..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.034704 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top