CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mimpi Hilang Seluruh Gigi Petanda Suami 'Nak Pergi' - Anita Baharom

23-2-2022 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2299| Komen: 16

Pelakon Anita Baharom pernah mengalami mimpi kehilangan seluruh giginya sebelum pemergian suami, Allahyarham Mohd Ismadi ke Rahmatullah pada 1 Januari lalu.

Anita berkata dia sama sekali tidak menyangka akan kehilangan suaminya, namun menganggap mungkin petanda mimpi berkenaan kepada ibu tersayang berikutan wanita itu berada dalam keadaan uzur.


Kredit foto: IG Anita

"Sebenarnya banyak petanda suami akan tinggalkan kami, tetapi saya yang tidak perasan. Antaranya, suami tidak bersetuju untuk menjual rumah yang kami diami.

"Arwah berkata bukan mudah untuk membeli rumah baru tambahan pula harga rumah semakin mahal. Malah, dia juga selalu meminta saya menunggunya sehingga dia mati," katanya.


Anita berkata, dia berpeluang merakam video suaminya ketika menemani arwah yang menjadi pengurus pentas ketika konsert penyanyi Aina Abdul di Istana Budaya.

"Saya pun tidak tahu kenapa hati tiba-tiba tergerak untuk mengambil videonya. Tapi, memang tak sangka itu adalah video terakhir arwah yang sempat saya simpan," katanya.

Menurut Anita, walaupun suaminya menghidap kencing manis sehingga kehilangan ibu jari kiri beberapa tahun lalu, tetapi arwah sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Biarpun mengakui kesunyian sejak pemergian suami, Anita bersyukur kerana dikelilingi sahabat yang baik-baik. Sejak suaminya pergi, hingga kini rumah mereka sentiasa dikunjungi tetamu. 

Justeru, sedikit sebanyak dapat merawat hatinya yang kesunyian. Malah, beberapa sahabat juga sanggup menghantar Anita menguruskan urusan arwah yang belum selesai.


Kredit foto: IG Anita

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada teman-teman yang sanggup susah senang bersama. Ada yang menghulurkan bantuan dari sudut kewangan dan ada yang menghulurkan makanan untuk kami.

"Sementara dua sahabat rapat saya pula menawarkan diri untuk bantu menjaga anak-anak jika saya kembali sibuk menjalani penggambaran nanti.

"Saya perlu kembali bekerja kerana sekarang sayalah ayah dan ibu kepada anak-anak. Jika ada yang mengecam saya kerana melanggar tempoh edah, terpulanglah kerana jika tidak keluar bekerja, siapa pula akan memberi makan dan melangsaikan komitmen bulanan saya?" katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 23-2-2022 09:17 AM
Mimpi  gigi tanggal / patah.. saya percaya tu sebagai petanda akan ada kematian ahli keluarga terdekat..
Quote slyfynx 23-2-2022 09:53 AM
1. Dah hampir 2 bulan pun. Perlu ke tanya petanda.
2. Leh x jgn kalau ade org meninggal, tanya petanda. Even kalau tanya, jgn jadikan itu main point, dan headline.
Quote DayangKirana 23-2-2022 10:29 AM
slyfynx: 1. Dah hampir 2 bulan pun. Perlu ke tanya petanda.2. Leh x jgn kalau ade org meninggal, tanya petanda. Even kalau tanya, jgn jadikan itu main point, d ...


Typical malays..common sangat.
masa father i passed away due to heart attack pon, boleh lagi ade yang bodoh2 alang tanye "takde dapat apa2 petanda ke arwah nak pergi"..
like bijjjjj please. respect sikit orang dah pergi ni.

Quote KamikuP 23-2-2022 10:33 AM
Moga beliau tabah demi anak2.
Quote musangbodoh 23-2-2022 02:18 PM
dia comel kejap je tu...sila beratur
Quote musangbodoh 23-2-2022 02:19 PM
Mooverine replied at 23-2-2022 09:17 AM
Mimpi  gigi tanggal / patah.. saya percaya tu sebagai petanda akan ada kematian ahli keluarga terdek ...

ya

dan mimpi bende putih
Quote prince_marhaen 23-2-2022 02:46 PM
Kesian sheols muda lagi dah berat tanggungjawab... meols suka tengok dia dari dulu masa drama Dunia Baru...sheols cantik, gedik soft soft je, takdelah hauk macam Yatt Sejadah Muhibbah tu...sampai dah berhijrah pun cringe & meloyakan.
Quote Adrif 23-2-2022 04:00 PM
AL-AFKAR #65: BOLEHKAH BERUSAHA MENCARI TAKWIL MIMPI

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-334 : BOLEHKAH MENGGUNAKAN MIMPI SEBAGAI HUJAH DAN MEMPERCAYAI TAKWILANNYA?

tafsir mimpi ni boleh jadi agak sensitif

https://www.sinarharian.com.my/article/61610/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Roh-dikelirukan-syaitan-antara-punca-mimpi-buruk
artikel atas ni lebih kurang ceritanya pasal mimpi gigi luruh
Quote mizruncing 23-2-2022 04:12 PM
soalan sensitif sbnrnyaa tp kalau tuan badan rela nak share story dengar jelaa
Quote Gingerly 24-2-2022 08:26 AM
Dahulu sebelum mahir dlm bab mistik dan spiritual, i dpt petunjuk2 ringan. Contohnya pernah bermimpi gigi geraham tanggal dan lenyap. I segera bangun tidur menuju ke hall. Ada my sis, bil, n my mom. Mulut celupar i terus menyoal, ada dpt news sesiapa meninggal dunia? Semua tercengang. My outspoken sis balas. "ru crazy?"Tak sampai 1 minit my mom dapat panggilan dari seseorang. Tiba2 menangis. Hung up cal, katanya my grandma dah tiada. Semua terpinga2
Quote babycc 24-2-2022 09:24 AM
Mimpi gigi tanggal ni dr dulu kalau aku mimpi mmg betul.. org kata biasanya org terdekat.. tp ada pakcik cleaner kat ofis meninggal pon aku da termimpi gigi tanggal dulu.. cumanya mcm kena berteka teki siapa.. bile dah meninggal.. aku selalu terpk.. Ya Allah.. dia.. aku igtkan.. org lain.. cam tu..
Tp dlm pd tu.. masa Arwah emak pergi.. aku x mimpi langsung.. & x ada tanda langsung.. tau2 emak xde.. Al-Fatihah utk arwah emak..
Quote misspokoyo 24-2-2022 09:36 AM
Mooverine replied at 23-2-2022 09:17 AM
Mimpi  gigi tanggal / patah.. saya percaya tu sebagai petanda akan ada kematian ahli keluarga terdek ...

blh jd.. sbb iols akan mimpi gigi patah setiap kali familyiols meninggal.. dr arwah nenek lg.. masa tu iols sek lagi.. follow by atok.. arwah ayah.. n arwah makcik iols.. semua iols mimpi sebelum deols meninggal.. iols smpi fobia kalo mimpi gigi patah... tp yg paling ngeri sebelum arwah ayah iols meninggal... iols akan mimpi gigi patah sepanjang masa.. walaupun masa iols terlelap sekejap atas sofa... bkn hnya tido mlm.. tido pg, tghri, ptg.. semua mimpi... smpi tkt nak tido
Quote Gianna111 24-2-2022 10:41 AM
Mooverine replied at 23-2-2022 09:17 AM
Mimpi  gigi tanggal / patah.. saya percaya tu sebagai petanda akan ada kematian ahli keluarga terdek ...

4 x i mimpi gigi patah..dan ke semua nya akn ada berita kematian..
Quote Meiizu 24-2-2022 10:47 AM
Masuk sini kot ada yg leh bagi pencerahan syirik ke idokk?
Quote zuliana29 24-2-2022 11:01 AM
pernah jgk mimpi gigi patah, x lama lepas tu ada berita kematian.
mimpi ada api/kebakaran pun sama jgk rasanya..
Quote abadi84 24-2-2022 01:35 PM
Speaking about patah gigi dan kaitan kematian ni, teringat cerita iolls sendiri.

Parents and siblings iolls ni mmg muda2 sekolah menengah lg dah bergigi palsu. Smpailah iolls selalu risau klu gigi iolls sakit atau ada rada goyang sikit smp iolls selalu mimpi gigi patah. My mom ckplah ada org nk meninggallah tu entah2 mak ke abah. Tp berpuluh2 thn brlalu dan iolls selalu mimpi gigi patah, tp tak ade sesiapa pun meninggal dlm family iolls... rupanya mimpi2 tu muncul atas rasa fobia keterlaluan takut gigi iolls patah, kne pakai gigi palsu mcm siblings and parents iolls.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.039011 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top