Siapa tidak kenal dengan Datuk Seri Vida iaitu seorang usahawan kosmetik dan juga merangkap sebagai Presiden Netizen untuk program Big Stage 2022. DS Vida sentiasa menjadi bualan netizen kerana terlibat dalam pelbagai kontroversi. Baru-baru ini DS Vida terus menjadi kecaman netizen. DS Vida dikritik oleh kerana sikap keterbukaannya dalam memberi komen dan pandangan terhadap peserta-peserta Big Stage minggu lalu. Oleh disebabkan perkara itu, DS Vida telah meluahkan rasa sedihnya dengan memuat naik satu video di akaun TikTok miliknya. Menurut DS Vida, dia tidak faham mengapa setiap perlakuan atau perbuatannya sering kali diakhiri dengan kecaman daripada netizen. Katanya, dari luaran dia mungkin nampak gembira, namun hanya Tuhan sahaja yang tahu setiap kesedihan dan kesusahan yang DS Vida hadapi. Apa sahaja yang dilakukannya pasti akan dikritik. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil untuk memberi kata-kata semangat kepada DS Vida. -CARI |
totokreturn. replied at 23-2-2022 11:11 AM
rupanya si iqbal tu adalah family member kepada founder produk vitamilk
totokreturn. replied at 23-2-2022 11:11 AM
rupanya si iqbal tu adalah family member kepada founder produk vitamilk
ADVERTISEMENT