Fizo Omar bengang dengan akhbar tempatan yang mengeluarkan artikel mengenai kehamilan isterinya dengan tajuk yang dianggap keterlaluan.
Kata Fizo ia sangatlah tidak beretika kerana tajuk tersebut mengundang kutukan dan pelbagai reaksi negatif masyarakt terhadap keluarganya dan sekaligus menyebabkan reputasi pelakon itu terjejas. "Demi mengejar rating, sampai mengetepikan etika dan tidak menghormati orang lain. Saya percaya sesiapa sahaja yang menonton video kejutan isteri kepada saya yang memaklumkan bahawasanya dia sudah hamil akan faham apa yang saya maksudkan.
"Saya amat terkilan dengan artikel dari pihak @hmetromy yang ‘highlight’ kan ‘made in Janda Baik’ ini seolah-olah mengundang kutukan dari pihak netizan terhadap saya dan keluarga. Akibat daripada artikel tersebut telah pun menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan kotor dari pelbagai pihak dan ini boleh menjejaskan reputasi saya." Hasil tinjauan posting tersebut telah pun dipadam oleh Fizo. Fizo berkahwin dengan Fazeera Nazri pada bulan Oktober tahun lepas selepas bercerai dengan Mawar Karim. -CARI |
totokreturn. replied at 22-2-2022 05:03 PM
ujian untuk fizo, semoga bersabar lah dengan nitizen
artikel tersebut telah pun menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan kotor dari pelbagai pihak dan ini boleh menjejaskan reputasi saya
dudaberhias replied at 22-2-2022 07:24 PM
ya ampun ni thread ke 5 dah kan isi content sama...
SANKURIANG replied at 22-2-2022 05:44 PM
Ini rumah yg dia dan family dia duduk sekarang, kat Seksyen 7 Bangi. Masa dgn Madam Rose, dok banglo ...
ADVERTISEMENT