CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Impian Farisha Iris Nak Tunai Umrah Di Mekah Hancur Lebur!

22-2-2022 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2878| Komen: 16

Walaupun sudah melakukan persiapan penuh sejak tahun lalu, namun penyanyi dan pelakon Farisha Iris terpaksa reda apabila impiannya untuk menunaikan umrah tidak kesampaian.


Farisha, 23, sepatutnya berangkat ke Tanah Suci bersama ibu bapanya kelmarin.

Bagaimanapun, hasrat tersebut lebur gara-gara dia menjadi mangsa jangkitan Covid-19 beberapa minggu sebelum tarikh keberangkatannya ke Mekah.

Foto: IG


Farisha atau nama lengkapnya Farisha Asmadi dijangkiti Covid-19 pada 1 Februari lalu dan menamatkan kuarantin pada hari ke-10 iaitu 10 Februari.


“Saya tempah tiket untuk ke Mekah sejak November tahun lalu dan sudah menyusun jadual kerja dengan baik.

“Sepatutnya, saya akan habiskan projek kerja iaitu penggambaran sebuah drama setakat bulan Januari sahaja. Bulan Februari saya gunakan untuk kuarantin diri sebelum kerjakan ibadah umrah.

“Nak dijadikan cerita, saya tiba-tiba positif Covid-19 pada 1 Februari. Sedangkan sepatutnya penggambaran drama tersebut tamat pada 19 Februari. Jadi di situ sudah mengganggu jadual kerja semua pihak,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Online semalam.



Tambah penyanyi lagu Hello itu, selepas tamat kuarantin, dia melakukan ujian PCR dan hasilnya masih positif tetapi dibenarkan keluar seperti dimaklumkan petugas kesihatan.

Pun begitu, atas dasar tanggungjawab, dia membatalkan perancangan ke Mekah, namun berlaku salah faham dengan ejen yang menguruskan perjalanan umrahnya.

“Tiba-tiba Jumaat lalu, ejen telefon saya beritahu pasal jadual perjalanan. Rupa-rupanya ada salah faham dengan ejen yang tak batalkan tiket saya.

“Jadi saya pergi lagi sekali buat ujian PCR keesokan harinya (Sabtu), sampai buatkan saya jadi dilema antara nak teruskan perancangan atau tidak apabila keputusan negatif.

“Waktu itu saya fikir, Allah memang nak beri rezeki untuk jejak kaki ke Mekah. Cuma apabila difikirkan semula, tak boleh pergi sebab kerja masih belum selesai. Hal ini melibatkan ramai pihak, jadi akhirnya saya putuskan untuk tak pergi,” ujarnya.



Apa yang lebih menyedihkan Farisha, perancangan menunaikan umrah merupakan hadiah hari lahirnya yang ke-23 pada April depan daripada ibunya.

“Paling sedih sebab ini hadiah hari lahir saya. Tambah pula teringat masa beli jubah sama-sama dengan mama. Beli baju, kasut, kaca mata, stoking, selipar dan kasut. Malah kami pergi kursus umrah bersama-sama.

“Itu belum lagi cerita ujian yang saya hadapi sepanjang merancang nak ke sana contohnya ketika ibadah umrah disekat, kemudian kes Covid-19 tinggi.

“Tapi saya tak salahkan sesiapa, ini memang ujian daripada Allah. Mungkin Dia nak bagi hadiah lebih baik selepas ini, amin,” luahnya.



Walaupun sedih kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke sana bersama kedua orang tuanya, namun hati Farisha sedikit terpujuk apabila dihadiahkan sebuah telefon iPhone 13 Pro oleh ibunya.

“Masa hantar mama dan papa di lapangan terbang kelmarin, saya tahan menangis, pakai kaca mata hitam sebab tak nak ‘kantoi’ sedih.



“Selepas menghantar mereka, saya terus masuk set lokasi sebab kerja tetap kerja. Cuma sebelum babak bermula, saya menangis. Masuk saja babak, kena profesional.

“Walaupun sedih sangat-sangat, tapi hati terpujuk sedikit sebab mama hadiahkan saya telefon. Dia beli di lapangan terbang kelmarin, mungkin untuk pujuk saya. Alhamdulillah, ini pun satu rezeki juga. Mana nak cari ibu sebaik dia,” kata Farisha. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 22-2-2022 04:36 PM
Omaigod.. whoayuss cyst?
Quote alieyrina 22-2-2022 05:11 PM
Tiba2 muncul..retis kah ?? Farisya irwayu ja aku kenai..dgn farisya crossley
Quote Mamidingdong 22-2-2022 06:39 PM
Sapo pulak ni?
Quote nakkomenjugak 22-2-2022 08:43 PM
Whoisyuhhhh?
Quote AnnaSendin 22-2-2022 09:19 PM
Dey minachi, whoareyousss? Tetiber muncul tanpa diundang? Adakah iols dah kertu?
Quote missbigrockstar 22-2-2022 09:23 PM
Gambar 1 dan 2 berbeza rupa. Btw siapa kau?
Quote slyfynx 22-2-2022 09:41 PM
Sorry dik, aku hanya kenal Farisha Irwayu
Quote nazriatie 22-2-2022 10:59 PM
Astagaaaa..sapo plk ni
Quote ditepi_pantai 22-2-2022 11:16 PM
Peserta big stage tahun lepas ni.
Quote rahsier 19-3-2022 01:37 AM
Siapa dia ni? Nape xkenal? Ke aku dah tua sangat?
Quote wirazam 19-3-2022 05:29 PM

Tak tahu tapi lawa la
Quote mijot 19-3-2022 05:48 PM
dia nyanyi lagu apa tah...
adeh,ke laut dalam...
Quote lattehazelnut 19-3-2022 06:03 PM
Humble brag ke
Takat iphone je kot
Quote NazRysha 20-3-2022 05:01 PM
Kenapa la aku tak kenal huhu
Quote epal_putih 20-3-2022 05:12 PM
acik dah tua kut
tak kenaiii

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.032129 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top