CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bagusnya Alisa, Kecil-kecil Dah Pandai Tolong Mummy Di Dapur" - Netizen Puji Anak Hanis Zalikha

22-2-2022 04:24 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2758| Komen: 13|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Hanis Zalikha


Sebagai ibu bapa, kita haruslah mendedahkan anak-anak kita dengan pelbagai jenis ilmu termasuklah ilmu mengenai kehidupan. Ilmu tidak semestinya di ajar di sekolah, namun dari ibu bapa juga anak-anak dapat mempelajari ilmu seperti ilmu memasak, mengemas rumah dan cara menjaga kewangan. 

Istilah melentur buluh biarlah dari rebungnya itu penting kerana ilmu dari ibu bapalah yang akan menjadikan anak mereka seorang insan yang berguna satu hari nanti. 

Sumber: Instagram Hanis Zalikha


Seperti yang kita ketahui, pasangan selebriti iaitu Hanis Zalikha dan Hairul Azreen terkenal dengan cara mereka mendidik anak-anak. Pasangan ini mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Alisa yang begitu mendengar kata ibu bapa mereka walaupun mereka masih kecil. 

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha juga sering memuat naik content berkenaan dengan anak-anak mereka dan sering mendapat pujian dari peminat.

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

Baru-baru ini Hanis Zalikha telah memuat naik beberapa siri video di akaun Instagram miliknya. Video-video itu menunjukkan anak bongsunya iaitu Alisa yang begitu rajin membantu Hanis di dapur. Walaupun masih kecil, Alisa kelihat begitu bersemangat membantunya melakukan penyediaan makanan. 



Video Alisa membantu ibunya telah mendapat pehatian netizen dan peminat, dan rata-ratanya memuji betapa comelnya Alisa. Bukan setakat cerdik, Alisa juga sudah menunjukkan minatnya yang suka memasak. 

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

Video yang dikongsikan oleh Hanis berkenaan dengan Alisa telah mendapat hampir 200 ribu tontonan. Nampaknya begitu ramai yang terpesona dengan kecomelan Alisa.  -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 23-2-2022 04:28 PM
rajin ehh keknis demi content. sanggup bersiap helok semata2 nak buat video goreng ikan.. ok done kecam
Quote Masukkeluar 23-2-2022 04:29 PM
inikan content sbb nanti dia nk bwk kluar produk baru-mknn made by keknis. lovemasak apa ntah
Quote anony-mous 23-2-2022 06:03 PM
Dah besar sikit alisha dah kureng comel nya. Nmpk dah ikut bentuk senduk muka mak. Jgn kata i kecam baby pulak, i ckp ikut mcm mak dia jah. Kena new baby la cpt2 sblm alisha x relevan mcm kekcup
Quote anony-mous 23-2-2022 06:05 PM
Awat ank dia x mkn salad sekali? Bukan ke dia kata dia ajar sayur dari ank2 kecik?
Quote anony-mous 23-2-2022 06:07 PM
mizruncing replied at 23-2-2022 04:28 PM
rajin ehh keknis demi content. sanggup bersiap helok semata2 nak buat video goreng ikan.. ok done ke ...

Yg dia bersiap tu video lain. Dia bersiap mmg utk video review berbayar
Quote makadek 23-2-2022 06:07 PM
Yelaaaaa pandey
Acik malas anak2 kotorkan dapur
Dinner pudpandai jerrrr
Quote Incanto 23-2-2022 07:01 PM
anony-mous replied at 23-2-2022 06:03 PM
Dah besar sikit alisha dah kureng comel nya. Nmpk dah ikut bentuk senduk muka mak. Jgn kata i kecam  ...

aku pun  perasan keksa dah kurang kiut, tak macam masa bday dia haritu

tp biasalah budak makin aktif, badan makin susut

rambut dia pun kena potong, nampak rimas
Quote mizruncing 24-2-2022 11:22 AM
sendunya benang keknis
Quote chocobozhere 24-2-2022 11:35 AM
Gigih jugak masak ikan goreng pun buat video.. Betul2 rajin ni.hahhaa.btw dia kat luar memang cakap slow n lembut mcm ni ke. Sebab aku rasa susah nak jumpa ibu2 cakap slow macam ni. Haha.
Quote adeqbun 24-2-2022 11:46 AM
chocobozhere replied at 24-2-2022 11:35 AM
Gigih jugak masak ikan goreng pun buat video.. Betul2 rajin ni.hahhaa.btw dia kat luar memang cakap  ...

Ai rs mak2 bole je ckp lembut2 KALAU kain bjau ade org basuh sidai lipat,lantai ade org mop,pinggan bmangkuk ade org basuhkan
Quote imanda 24-2-2022 11:53 AM
adeqbun replied at 24-2-2022 11:46 AM
Ai rs mak2 bole je ckp lembut2 KALAU kain bjau ade org basuh sidai lipat,lantai ade org mop,pingga ...

hahaha
boleh imagine camne mak2 jd tarzan urus sume benda kt rumah
Quote adeqbun 24-2-2022 12:04 PM
imanda replied at 24-2-2022 11:53 AM
hahaha
boleh imagine camne mak2 jd tarzan urus sume benda kt rumah

Uruskan anak sahaja mmg senang..tp kalau segala benda kene urus..dh la balik keje dh nak mgrb..esok pg lepas subuh dh keluar keje...ni nk p mana2 ada drver..dlm kete boleh nap..mmg la bole bertenang bile anak tumpahkan sirap atas meja
Quote Gomea 24-2-2022 03:28 PM
Tak boleh betul aku tengok orang masak ikan tak buang sirip ekor bagai tu. Die suke kot makan macam gitu.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055857 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top