CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Satu-Satunya Gedik Yang Aku Boleh Terima,"Netizen Suka Gedik Manja Ella

22-2-2022 04:23 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2595| Komen: 13|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Astro Gempak


The Masked Singer Malaysia 2 melantik ratu rock negara iaitu Ella Aminuddin sebagai juri tetap. Ella yang terkenal sebagai seorang wanita yang manja menjadi juri yang paling dinantikan oleh semua untuk mengulas komen kepada peserta-peserta The Masked Singer Malaysia 2. 

Sumber: Google Image


Walaupun perwatakan Ella dilabelkan sebagai 'gedik' atau 'manja', namun gayanya itu tidak terlalu keterlaluan seperti sesetengah artis di luar sana. 

Baru-baru ini, Astro Gempak telah memuat naik satu video di akaun Instagram yang menunjukkan Ella sedang memberikan komen kepada salah satu peserta dalam rancangan itu. Ella dengan gaya manjanya mengatakan bahawa dia sedang 'marah'.


Wataknya yang lemah-lembut itu juga membuatkan ramai yang senang dengan dirinya. Menerusi video yang berdurasi kurang dari 20 saat itu, kelihatan Ella yang mengaku sedang 'marah' namun pada orang lain, reaksinya itu tidak nampak seperti sedang marah. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat memuji betapa lembutnya pertwatakan Ella. Ada juga netizen yang mengatakan mereka boleh menerima gaya 'gedik manja' Ella. 

Sumber: Instagram Astro Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 22-2-2022 04:32 PM
skrg ni je kot org dah tak kisah elly gedik manja..zaman dia buat perangai gedik manja dlm pertengahan 90an dulu jadi isu jugak..tambah2 bila dia jadi hos jemputan majlis anugerah..masa iols skolah rendah dulu,zaman lagu Sembilu,dia xde la manja meleret sgt..start tahun 95-96 gitu tetiba dia jadi meleret cam hape, smpi I meluat..kat media pun dok buat gosip sheols lalok..tapi skrg I x meluat dah la
Quote Normabaru 22-2-2022 05:02 PM
exclusive_vvip: skrg ni je kot org dah tak kis ...


Dh mcm flowerhorn mmg la org xkisah ko gedik meleret..dulu tgh hot..ghisauuuu weh.kahkahkah
Quote Mary_jane 22-2-2022 05:11 PM
Ada satu part tu dia komen ‘wait, I have not finished yet’. And susah dia nak avoid ayat Ella rasa.. Hehe. Kemain tag team dengan mak Nil nak tengok Sazali Samad buka costume last week.
Quote jijilaaa 22-2-2022 05:31 PM
tp dulu2 dia xde la manja cenggitu kan?
Quote exclusive_vvip 22-2-2022 07:36 PM
Normabaru replied at 22-2-2022 05:02 PM
Dh mcm flowerhorn mmg la org xkisah ko gedik meleret..dulu tgh hot..ghisauuuu weh.kahkahkah

sampai ati chuols panggil dia flower hornz
Quote missbigrockstar 22-2-2022 07:56 PM
Walaupun aku fan Ella sejak sekolah rendah, masa dia muda mcm menyampah juga dia gedik2 lentok. Tapi bila dia dah kertu, tersuka pula karakter manja dia
Quote beatgirlX 22-2-2022 10:50 PM
Awalnya mmg dia steady..pastu trademark manja gedik...tapi tu la Ella one and only...
Rindu nak tgk dia perform
Quote Sachacha 22-2-2022 10:52 PM
Ella rasaaaaa...sambil meliuk liuk
Quote OyaTonggek 22-2-2022 11:46 PM
ella mmg sejenis manja dr muda smpai ke tua..meols x penah miss konsert dia (yg baru2..yg lama konsert zaman sluor yengki..meols tecit lg) mmg gitu la pangai dia...tp aritu terserempak kt jaya grocer, muka dia cm ketat je...eh tahlaaa pe'el retis ni..eventho meols fans ella, idak la pulak meols nk selpi dgn dia time dia pilih sayor...kowwserrrrr
Quote belacan_gurl 23-2-2022 01:33 AM
Just nak tanya ar...knp pipi Ella dah mcm sama plak dgn pipi rosnah mad aris....pipi erma Fatima .. deme nih ada suntik ke Botox ke...sama aje...bukan jenis pipi bulat tapi pipi leper labuh
Quote dudaberhias 23-2-2022 01:42 AM
Ala netizen suka sebab ella punya gedik tu tak over... Cuba kalau macam kak lina pom pom dan raja azura... Silap2 terbakar pentas masked singer tu... Belum iols petik nama cek non lagi
Quote ainnia 23-2-2022 01:46 AM
Nanas pun tumbang dengan kemanjaan ella
Quote makton 23-2-2022 07:25 AM
ella ke tu? ya rabbi.. mati2 aku igtkan rosnah mat aris

btw, aku tak leh terima manja gedik dia. rasa nak muntahhh

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.347760 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top