CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Bakar Borang Nikah Lepas 4 Kali Tangguh Kahwin Sampai Turun 16kg!

22-2-2022 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8009| Komen: 85

Seorang gadis, Siti Nur Alia Najwa Zainal, 23, terpaksa menanggung rasa kecewa kerana tunangnya bersikap acuh tidak acuh dalam hubungan mereka.

Mesra disapa Alia, gadis ini menceritakan kenapa dia memilih untuk meleraikan ikatan pertunangannya yang sudah terjalin selama hampir dua tahun itu.



“Saya bertunang 25 Julai 2020 dan sepatutnya kami kahwin awal selepas bertunang. Saya dengan dia dah lebih empat kali tangguh. Dulu saya pernah diamkan diri dan minta dilepaskan sebab dia nak tangguh lagi.

“Beberapa bulan lepas tu dia datang merayu minta peluang. Kali ni saya bagi peluang, borang kahwin semua dah siap. Baju dan make-up saya dah tempah, pelamin dah booking, photographer pun dah ada. Tapi masih berulang lagi, dia minta tangguh lagi jadi saya terkilan dan terus diamkan diri lagi.


“Tapi sebab masih sayang saya terima pujuk rayu dia. Sedangkan masa tu orang keliling marah tapi saya anggap manusia boleh berubah. Saya bagi peluang dan suruh dia sendiri tetapkan tarikh untuk nikah. Jadi kami bersetuju dengan tarikh 18 Februari 2022,” jelasnya.



Bagaimanapun menurut gadis yang menetap di Sungai Petani, Kedah ini, peluang ini tetap disia-siakan lelaki itu.

Alia yang bekerja di gedung pakaian Jakel Sungai Petani, Kedah ini, berkata dia mengambil keputusan untuk menamatkan kesengsaraannya dengan memutuskan hubungan mereka yang mana dirinya diibaratkan gantung tidak bertali.

Menurut gadis ini lagi, sepanjang tempoh perkenalan, mereka jarang berjumpa seperti pasangan kekasih lain kerana pemuda berkenaan merupakan seorang anggota beruniform di Sabah.

“Walaupun sepatutnya kahiwn bulan Ogos 2021 lagi tapi tetap ditangguhkan sebab dia masih main tarik tali. Sampai bulan Disember tahun lepas saya masih tanya 'jadi atau tak?'. Bila dah tak ada jawapan, saya pun give up.

“Akhirnya saya dah tak boleh terima jawapan tak bersungguh dia. Saya dah makan hati banyak sangat. Berat saya dah turun sampai 16 kilogram. Daripada 62 kilogram sekarang tinggal 46 kilogram saja sebab makan hati berulam jantung.



“Saya fikir semua ni tak baik untuk diri saya juga. Mental saya dah down teruk. Depan keluarga saya tetap tunjuk kuat. Saya pun anggap saja kami dah tak ada apa-apa.

“Rupa-rupanya saya dapat tahu memang dia beritahu keluarganya yang kami tak ada apa-apa dah. Setelah dua tahun bertunang, macam ni saja hubungan kami berakhir. Saya cuba kuatkan hati dan terima kenyataan ni,” ujarnya dengan nada sayu.

Menceritakan dengan lebih lanjut mengenai video yang dimuat naik oleh teman akrabnya, dia tidak menyangka rakaman mereka berdua menangis selepas membakar borang nikah itu menjadi tular.

Imbas Alia, sahabatnya Nur Shahidatul Syafika Mohd Sabri, 23, sentiasa ada bersama sejak mereka di bangku sekolah lagi 11 tahun yang lalu.

“Saya bernasib baik ada sahabat yang seorang ni. Kami berkawan dari umur 12 tahun jadi semua pasal saya dia saja tahu. Dia yang ada dengan saya masa sedih dan gembira.

“Masa hari bakar borang nikah tu, saya keluar dengan dia. Mula-mula tu kami cuma nak pergi berjalan saja sebab saya tak nak fikirkan mengenai tarikh yang sepatutnya menjadi hari bahagia saya.



“Saya dah tak kuat nak nangis masa tu. Saya minta kawan saya teman bakar borang nikah tu dekat Jeti Semeling. Saya set dalam kepala, selepas bakar borang tu, saya tak nak bersedih sebab dia dah walaupun masa rekod video lepas tu saya nangis lagi.

“Saya saja rekod dan upload video tu sebagai kenangan dan sebagai tanda saya hargai sahabat saya. Dia sanggup teman dan nangis sama-sama kenangkan nasib malang saya. Saya tak pernah nangis depan keluarga sebab abah cakap saya anak yang kuat jadi saya cuba buktikan dengan sorok depan keluarga," katanya.



Alia kini pasrah dengan dugaan yang menimpa dirinya dan berusaha menguatkan diri menerima kenyataan.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk dia dan bekas tunangnya kembali bersama, kata Alia tentu tidak kerana sudah serik berdepan dengan penantian yang tidak ada jawapan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 22-2-2022 02:39 PM
Kalau org tak nak..xpayah kte paksa2..
Biar je..cari kebahagiaan kte sndri..
Bff i ada jgk beria nk kawen..sedangkn lelaki acuh tak acuh..dh siap buat kad..tp llaki tu still tangguh g pjbt agama utk isi borang..
Tp mybe mmg jodoh diaorg kuat..jadi jgk nikah..harap baik2 je la..
Quote vespa_oren 22-2-2022 02:44 PM
jika polis bujang dah dtg sabah, hati kental jelah tahan tgk sumandak sabah
Quote ifanonline 22-2-2022 02:46 PM
tak jujur dlm relationship, ini lah jadinya...mungkin lelaki berkenaan mencari lebih baik
Quote belilies 22-2-2022 02:50 PM
Dah mcm mintak disamak pulak mata ni bila baca. Dek, ko baru 23 kot hidup still panjang lagi. Patutnya tangguh 2x tu ko trus dump lah explore lagi life yg masih panjang tu to find the right person. Kossser nak baca pasal drama ko bakar borang nikah.

Borang nikah je pun
Quote dua_chzy 22-2-2022 02:51 PM
Isu semasa ka ini?
Quote Adrif 22-2-2022 02:58 PM
cerita sebelah pihak

content titktok

bertabahlah
Quote 3chanceno 22-2-2022 03:02 PM
Content untuk tiktok di bod isu semasa? Oooohhh reporter Cari yg upload rupanya.. patutlah salah bod

Kalo sebelah lelaki balas, sila upload ke bod yg seharusnya
Quote Dwdrum 22-2-2022 03:04 PM
Dia ber sedia jadi boyfriend/tunang saja bukan ber sedia/mampu jadi husband lagi...
Bagi akak ok lah lelaki boleh fikir panjang risk kahwin ter buru sebab cinta or sex ini akan ada issue 1 day...
Quote Dwdrum 22-2-2022 03:05 PM
Move on saja lah dik
Quote ctaz 22-2-2022 03:13 PM
apa yang kita suka tu...belum tentu baik utk kita....
Quote shernazz 22-2-2022 03:14 PM
Tah tah laki tu dah kawen kat sabah dgn orang sana ka...
Asik tangguh je..
Tgk2 dah branak pinak
Quote Prickford 22-2-2022 03:16 PM
Nak dengar side lelaki pulak. Dah katanya lelaki yg tangguh kan. Mesti ada alasan kenpa ditangguh2.
Quote noor2 22-2-2022 03:19 PM
Esok naik balik badan...
Quote Lagubestbest 22-2-2022 03:20 PM
vespa_oren replied at 22-2-2022 02:44 PM
jika polis bujang dah dtg sabah, hati kental jelah tahan tgk sumandak sabah

a'a dahla sumandak perangai manje2 sket, gaya cakap pun comel je takde nak membebel bagai.
Quote hotmak 22-2-2022 03:23 PM
takpelah dik, cari lain lah, jantan tu mmg takde hati nak nikah lah tu, sampai 4x kena postpone, muda lg dah kurus ni melawa dan cari lain
Quote bottombikini 22-2-2022 03:26 PM
alah drama betoi
pun nak di'tiktok'kan
Quote sukacactus 22-2-2022 03:35 PM
Ko muda lg dik
Xpayah cari sesapa lps ni
Jodoh kalau dah sampai, semua akn jd mudah dan senang
Quote ultra78 22-2-2022 03:44 PM

maklumlah skrg ni wartawan korek berita dari tiktok aje. kerja mudah


Quote midori_katana 22-2-2022 03:59 PM
Berapa belanja hantaran hang letak dik? Biasa belah2 sana tak jadi sbb ni la; pihak lelaki tak mampu.

Yg keduanya, bagus juga dah jadi kurus la ni.. kikiki

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.505210 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top