|
Sumber: Instagram Ozlynn Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan pelakon dan pelawak iaitu Johan dan Ozlynn. Pasangan ini sering kali mendapat perhatian dan pujian peminat dan netizen berkenaan dengan cara mereka mendidik anak mereka. Tidak dilupakan juga dengan content mereka yang membuatkan peminat tidak kering gusi ketawa. Baru-baru ini satu posting terbaru telah dimuat naik oleh Ozlynn di akaun Instagram miliknya telah berjaya menarik perhatian netizen dan peminat.
![]() Sumber: Instagram Ozlynn Posting tersebut menunjukkan wajah Johan yang dipenuhi dengan pemerah pipi telah berjaya buatkan netizen terhibur, lagi-lagi dengan kapsyen Ozlyn yang menyamakan rupa suaminya itu seperti opera Cina. ![]() Sumber: Instagram Ozlynn Menurut Ozlynn, johan tidak berhenti mengadu dan seolah-olah 'menyalahkan' Ozlynn kerana disolek oleh anaknya. Kata Ozlynn, jika Johan tidak tertidur semasa anak mereka sedang bermain-main, semestinya perkara ini tidak akan terjadi. "Laki siapa macam ni?? Sila tag laki anda,” tulis Ozlynn di ruangan kapsyen. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat terhibur melihat wajah Johan yang disolek oleh anaknya. -CARI Sumber: Instagram Ozlynn |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055747 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.