|
Bagai jatuh ditimpa tangga. Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila lorinya terbakar dan segala barang serta dokumen peribadi musnah dalam kebakaran.
Ini termasuk telefon bimbit miliknya yang didakwa mempunyai aplikasi MySejahtera. Akibatnya, wanita berkenaan didakwa dihalang seorang pengawal keselamatan untuk masuk ke sebuah kompleks untuk memperbaharui dokumen penting seperti kad pengenalan. Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Izzudin Ismail, dia didatangi seorang wanita dan seorang lelaki tak dikenali sewaktu berkunjung ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang di Pasir Gudang, Johor, pada Isnin.
"Lepas urusan di bank tadi, saya tak tahu kenapa Allah gerak hati nak ke Pusat Bandar Pasir Gudang. Rasa macam nak ngeteh kejap. Tiba-tiba saya didatangi dua orang, kakak dan abang ni. "Mereka minta tolong saya call kan balai polis sebab pengawal keselamatan yang jaga pintu masuk ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang tak bagi mereka masuk. Dah tunjuk laporan polis pun tetap tak bagi masuk. "Sebab mereka tiada handphone, tak boleh scan MySejahtera dan tak ada IC (kad pengenalan). Sebab barang-barang penting mereka semua terbakar dalam lori sewaktu di Endau Mersing, termasuk handphone, wang tunai, IC, lesen semua," dakwanya. Walaupun selepas polis bercakap dengan pengawal keselamatan wanita itu menerusi panggilan telefon, Izzudin mendakwa, petugas berkenaan tetap berkeras tidak membenarkan masuk kerana tiada aplikasi MySejahtera untuk diimbas atas alasan risiko kesihatan. Menurut laporan polis yang dibuat pada Isnin, kejadian lori terbakar berlaku pada petang Ahad ketika wanita berkenaan memancing di Endau Johor bersama seorang anak dan seorang pekerja, menyebabkan kesemua barang dan dokumen penting milik mereka turut musnah dalam kebakaran tersebut, termasuk wang tunai berjumlah RM3,700. Tambah Izzudin, pengawal keselamatan itu kemudian meminta sesiapa yang boleh memasukkan wanita itu dalam senarai tanggungan (dependant) dalam aplikasi MySejahtera untuk dibenarkan masuk. Apa yang turut dikesalkan Izzudin apabila wanita berkenaan sebelum ditemuinya didakwa menerima layanan kurang baik daripada pengawal keselamatan sama. Sementara itu, anak mangsa, Syazwani Mat Junoh, 22, ketika dihubungi mStar mengesahkan kejadian pada Isnin susulan lori milik ibunya yang berniaga terbakar ketika memancing. "Semalam saya tak ada bantu mak sebab saya tengah cari kerja dan hari ini pula adalah hari pertama saya bekerja di kilang. "Mak dah terima dua dos vaksin. Pagi ni katanya nak cuba buat berurusan di Kota Tinggi pula," katanya secara ringkas ketika dihubungi. Sumber: mStar
|

Punat_button replied at 22-2-2022 03:35 PM
TT malas membaca lebih 3 baris
bila pulak makcik ni keje jadi guard
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.064721 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.