|
Seorang isteri telah meluahkan perasaannya yang dirogol oleh suami sendiri apabila masih dalam tempoh berpantang 20 hari.
Kisah ini amat perit untuk dibaca namun sikap durjana suami yang tidak tahan nafsunya telah meninggalkan memori pahit dalam hidupnya yang baru beberapa bertarung nyawa melahirkan anak mereka. "Sepanjang saya berpantang, suami selalu letakkan ubat dekat luka jahitan, semalam dia ada minta nak bersama tapi saya tak nak sebab saya masih berpantang, darah nifas belum kering dan luka bahagian dalam belum baik lagi," luahnya saat menerangkan pada suami untuk menolak ajakan bersama cara baik.
Namun setelah dijelaskan, suami pula tarik muka dan isteri pula risau jika dirinya sakit belum tentu suaminya akan peduli. "Selepas itu, ketika hendak makan suami mesti sediakan makanan saya. Saya yang menyusu badankan anak selalu haus dan akan cari air dulu sebelum makan. Saya minum air milo panas yang dia buatkan untuk saya, dalam beberapa minit kepala saya pening dan tidak sedarkan diri." sambungnya lagi. "Tiba-tiba saya sedar, saya berada dalam bilik tanpa memakai baju dan suami saya ada dekat sebelah tengah peluk saya. Saya kejut suami dan tanya apa yang sudah jadi? Dia senyum saja, selepas itu dia cakap tidak tahan sangat, terus saya tampar muka dia!" katanya saat merasa terkejut dengan tindakan suami yang pentingkan diri sendiri. "Rupanya dia bagi saya ubat tidur dan dia sudah meratah saya masa saya tidak sedar diri. Saya kurung diri selama satu hari dalam bili dan suami pujuk meminta maaf namun saya tidak hiraukan. Saya hanya hiraukan diri saya dan anak saja buat masa sekarang," begitu kesudahan lanjut apabila dia merasa kecewa dengan perbuatan 'syaitan' suaminya. Si isteri meminta pendapat orang awam apa patut dilakukan? Kisah rumahtangga ini amatlah menyedihkan disebabkan suami yang tidak mampu mengawal nafsu tergamak merogol isteri yang sedang berpantang. Moga ada pihak yang membantu memberikan nasihat dan apa tindakan seterusnya yang perlu dilakukan demi kesejahteraan isteri dan anak agar tidak hidup dalam kemurungan sepanjang hayat. Kisah ini mencetuskan kemarahan netizen dengan sumpah seranah terhadap suami yang bertopengkan syaitan itu. Entah berapa ramai isteri diluar sana menjadi mangsa kerakusan nafsu suami yang tidak berhati perut. Keadaan ini amatlah membimbangkan dan kasihan para isteri yang diuji hingga ke tahap ini. - CARI
|
ninja boy replied at 22-2-2022 02:22 PM
Potong la koneek dgn kapak, pasti koneek itu x menganggu lagi


Friska replied at 22-2-2022 03:19 PM
Saya bukan bermaksud victim blaming tapi cuba mengupas isu secara holistik.
Pertama-tama, suami pun ...
Mamidingdong replied at 22-2-2022 06:11 PM
Bodohnya komen pelakor seberang ni
Punat_button replied at 22-2-2022 02:45 PM
bini ni bodoh ka naif
tunggu lah ko tua besok bila laki ko dah tak pandang sebelah mata ko pun meng ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.113133 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.