Oleh : Izzah Abbasy
Anda dah bersedia balik ke kampung? Dalam keterujaan pulang beraya ke kampung, kita mestilah beringat untuk beli tiket awal bagi yang menggunakan perkhidmatan awam. Periksa kenderaan pada yang menaiki motosikal mahupun kereta. Yang penting sekali, hantar kenderaan anda ke pusat servis yang berhampiran, agar perjalanan anda ke kampung berjalan dengan lancar. Sekaligus, anda akan sampai dengan selamat dan penantian daripada orang yang tersayang pasti senang hati. Bagi yang memandu pula jangan memandu dengan laju dan ingatlah orang yang tersayang. Bak kata pepatah, "biar lambat asal selamat". Harus diingat, jangan jadikan lebuhraya sebagai tempat untuk litar lumba.
Sememangnya akan berlaku kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan balik ke kampung anda. Jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas maknanya penggunaan petrol dan wang anda akan meningkat. Seboleh-bolehnya anda memulakan perjalanan apabila terdapat sedikit sahaja kenderaan di atas jalan raya. Keseronokan beraya bersama seluruh keluarga sudah cukup membuat anda bersemangat untuk melakukan apa yang anda mampu. Oleh itu, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Berhati-hati di jalan raya! Jom, jadikan iktibar dengan video di atas ye. Shazreen Fazlynda adalah seorang yang sangat bijak menghasilkan video yang sangat bermanfaat kepada yang menonton. Semoga terhibur dan ambil pengajaran daripadanya. - CARI Infonet
|
10
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT