|
Pelakon dan penerbit, Diana Johor, 42, mengaku bukan mudah untuk mengejar kepesatan arus media sosial yang kini dilihat sebagai satu medium penting dalam bidang pemasaran.
Malah, kata Diana, sebagai seorang artis, dia juga mengaku media sosial memainkan peranan dalam mempromosikan hasil kerja selain membantu membuatkan nama seseorang itu lebih dikenali. “Masa zaman saya jadi artis, mana ada media sosial ini semua. Jadi cara kita berinteraksi dengan peminat adalah lebih konvensional. Sekarang, semua orang boleh ikuti artis atau selebriti yang mereka sukai di mana-mana platform media sosial.
“Saya pula, memandangkan tidak biasa, nak tak nak kena cuba juga mendekatkan diri dengan peminat dan pengikut, contohnya menerusi akaun Instagram dan Tiktok. “Semua itu disebabkan kerja. Pendekatan sekarang begitu, dan ia dianggap sebagai satu medium yang penting. Sebab itulah saya pun cuba-cuba berjinak. Main Tiktok dan sebagainya walaupun kekok dan nampak kaku,”katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.076580 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.