CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kaka Azraff Dah Bersalin Anak Kedua

22-2-2022 10:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2333| Komen: 18|Original author: tatod


Tahniah diucapkan kepada penyanyi Kaka Azraff yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki kedua pada jam 12.05 tengah malam tadi (selasa).

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Kaka menerusi Twitter. Pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff itu turut berterima kasih atas sokongan suaminya, Ada Azriff yang ada bersamanya sepanjang proses melahirkan putera mereka.


"Alhamdulillah, syukur. Terima kasih jadi penyokong, tukang sorak, pemberi semangat dan 'doktor' separuh masa sepanjang proses nak bersalin.

"Saya tidak tahu apa jadi tanpa awak. I love you daddy of two," katanya.

Terdahulu, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Aslan yang kini memasuki usia dua tahun.

Ciapan Kaka dihujani ucapan tahniah daripada warga maya. Ada juga yang mengatakan tarikh lahir anak kedua penyanyi itu 'cantik'. -CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 22-2-2022 10:13 AM
Edited by Suchi at 22-2-2022 10:14 AM

Wauu cantiknya tarikh awal lak tu dia lahir 12.05.
Bersalin normal kan.

Tahniah kaka dan selamat berpantang.

Hari ni sibuk la doktor2 kat dewan bedah ramai yg booking nak beranak.
Terutama kat hospital swasta, ada member keje wad bersalin ni kata mmg penat laa kalau time date cantik2 ramai yg beranak.
Quote misz_sanggul 22-2-2022 11:21 AM
Anak 1st kebetulan nama sama dgn ank I..lahir pun sama bulan 10 2019..no 2 nk buh nama ape plak yg pasti msti awalan A kut..
Quote 3chanceno 22-2-2022 11:32 AM
Tahniah  
awat sominya rupa serabai je di foto no.1 tu
Quote babelina 22-2-2022 11:43 AM
Alhmdulillah tahniah..
apa kje suami dia ye..
Quote Prickford 22-2-2022 11:47 AM
Yeah muka baru beranak macam tu la yg kita mauu.... Tahap keberanian sheolls memang over the top. Sebab mostly artis2 Malaysia ni beranak kemain nak mekap pakai lipstik siap bulu mata pelesu. Itik Vivy masa beranak pon kemain mekap tak nak nampak pucat.
Quote naina 22-2-2022 11:51 AM
Tahun lepas memang lagu gila terus senyap rupa2nya bunting. Tahun ni rezeki baby plak..yeah suka tengok muka real lepas bersalin tanpa mekap2.
Quote dudaberhias 22-2-2022 11:54 AM
alhamdulilah tahniah kaka.... btw kenapa takde rhoper kaka dah pic no. 2 tu... macam tengok individu lain...
Quote anony-mous 22-2-2022 11:57 AM
dudaberhias replied at 22-2-2022 11:54 AM
alhamdulilah tahniah kaka.... btw kenapa takde rhoper kaka dah pic no. 2 tu... macam tengok individu ...

I ingatkan yg tu jantan bukan la kata suruh mekap tp lain bebenor muka dia. Dagu awat jd mcm tu
Quote doubleA 22-2-2022 12:05 PM
tahniah. baby boy ke?
Quote ashilalat 22-2-2022 12:24 PM
Lain betol muka kaka

Tp oklah, natural. Dari che ta lps bersalin, bulu mata tetap ada.
Quote Incanto 22-2-2022 12:27 PM
Tahniah Kaka

Quote Emilyyyyy 22-2-2022 02:24 PM
Konfiden level tinggi lepas bersalin muka bengkak ke sembap ke lantak pi
Quote mawarkhayalan99 22-2-2022 02:29 PM
laki dia kenapa serabai babai rambut mcm tu
Quote duricinta 22-2-2022 08:22 PM
Bagus dia ni..x kisah rupa apa pun, baru la natural muka lps meneran mcm ni
Quote miamiot 22-2-2022 08:38 PM
tahniah , selamat Berpantang
Quote auntyonion 22-2-2022 08:46 PM
Alhamdulillah yeayyy taniah.kaka
Quote beatgirlX 22-2-2022 10:47 PM
Alhamdulillah...
Tahniah kaka dan Selamat Berpantang
Quote rahsier 19-3-2022 01:37 AM
Tahniah.. cantik no ic nnt

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.074817 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top