CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bimbang 'Pancit' Atas Pentas, Siti Nordiana Bersenam

22-2-2022 10:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1100| Komen: 0|Original author: tatod


Sepanjang 23 tahun menceburi industri seni suara, penyanyi Siti Nordiana yang mesra disapa sebagai Nana itu aktif bersenam bagi mengekalkan stamina sebagai persiapan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).

Kata penyanyi berusia 37 tahun itu, lagu Angkara adalah naskhah yang menuntutnya untuk bermain dengan emosi serta memerlukan banyak tenaga.

"Persiapan untuk AJL36 sudah mencapai 60 peratus. Saya bukan hanya bersenam untuk stamina tetapi juga menghadiri kelas vokal dan membuat persediaan emosi kerana lagu itu bukan mudah untuk dinyanyikan.



"Doakan semoga saya dapat menyampaikan lagu itu dengan baik, dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik. Begitu juga untuk peserta yang lain. Insya-Allah," katanya kepada Mstar.

Untuk rekod, lagu Angkara adalah ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya merupakan salah satu lagu yang mara ke pentas AJL36 yang bakal berlangsung pada 6 Mac depan.

Nana sebelum ini meluahkan keterujaan kerana lagu solo nyanyiannya layak bertanding di pentas berprestij itu.


Penyanyi wanita itu kali pertama beraksi di anugerah berkenaan menerusi lagu duet dengan Jaclyn Victor berjudul Nisan Cinta di AJL33 pada tahun 2019.

Selain Angkara, 11 lagi lagu yang turut bertanding pada AJL36 ialah Purnama nyanyian Naim Daniel, Lara (Naim, Hael Husaini dan Haqiem Rusli), Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Nafas Cinta (Aina Abdul dan Khai Bahar), Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG dan Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris dan Bunga), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir dan Noki) dan Cinta (Marsha Milan). -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.233874 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top