Akibat cinta terhalang, seorang remaja perempuan cuba untuk terjun dari tingkat lapan sebuah kondominium, di Kampung Kenneison, Selayang, petang ini.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.16 petang. “Setibanya di lokasi kita mendapati remaja perempuan berusia 18 tahun itu sedang berdiri di balkoni rumahnya di tingkat lapan.
“Mangsa juga bertindak mengunci pintu dari dalam dan bersendirian di rumah ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jelas Norazam, bomba serta ibu mangsa cuba memujuk remaja perempuan itu dan berjaya diselamatkan pada pukul 3.45 petang. Katanya, mangsa dipercayai bertindak demikian akibat mengalami tekanan kerana masalah cinta. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
shernazz replied at 21-2-2022 06:10 PM
Alahai
18 tahun dah tertekan kerana cinta..
Sambung belajar la dik...ke peringkat lebih tinggi
Skuau replied at 21-2-2022 07:00 PM
kang boifren pulok nk bunuh diri sambil melalak.."kekasih ku di menara'...
supernaturalee replied at 21-2-2022 06:21 PM
Cer cek tgk kot2 berisi
ADVERTISEMENT