|
Tular sebuah rakaman dimuat naik seorang lelaki dikenali sebagai Yunus di TikTok menunjukkan seorang lelaki ditahan polis sebaik usai majlis akad nikah di rumah isteri barunya.
Apa yang mengejutkan, si suami dikatakan mengaku bahawa dirinya bujang ketika ingin berkahwin dengan isteri keduanya itu meskipun dia sebenarnya sudah berkahwin dan sudah mempunyai anak. Isteri pertamanya yang dikenali sebagai Debi berasa dikhianati suaminya sendiri kerana sanggup menipunya semata-mata ingin berkahwin dengan wanita lain tanpa meminta izinnya terlebih dahulu.
Susulan itu, wanita berkenaan membuat keputusan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Dalam pada itu, lelaki berkenaan dikenali sebagai Har itu rupa-rupanya sudah sembilan bulan menghilangkan diri serta dan tidak memberi nafkah kepada isteri serta anaknya, lapor Kompas. Walau bagaimanapun, ketika di balai polis si suami sempat meminta maaf kepada isteri pertamanya atas perbuatannya itu. Difahamkan, lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun jika disabitkan kesalahan. Sumber: OhBulan
|
ninja boy replied at 21-2-2022 08:52 PM
Malaysia ada macam ni kah
Simunggu replied at 22-2-2022 09:27 AM
aku simpati....mana ada hukum islam kena minta kebenaran isteri tua?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.313108 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.