Seorang pelajar di United Kingdom (UK) kehilangan kaki dan sebahagian jarinya kerana mengalami jangkitan kuman selepas makan makanan yang dibawa pulang oleh rakannya.
Lelaki itu yang dikenali sebagai JC, memakan mi ayam yang dibawa oleh kawannya pada malam sebelum insiden yang buruk berlaku.
Petikan dari Suara Merdeka, selepas JC selesai makan mi ayam itu, dia terus sakit dan suhu badan jadi sangat tinggi dengan kadar denyutan jantung 166 denyutan seminit semasa JC dibawa ke hospital. JC dipercayai tidak mempunyai sebarangan alahan, JC terpaksa dihantar ke hospital lain dengan helikopter untuk rawatan lanjut. Difahamkan, 20 jam sebelum itu kejadian itu berlaku JC sihat sahaja tetapi selepas JC makan mi ayam tersebut, JC berasa sakit perut dan loya dan ketika itu kulit JC telah berlaku perubahan warna keunguan pada kulitnya dan rakannya dengan segera membawa JC ke unit kecemasan. JC sekarang ini disahkan mengalami jangkitan kuman yang agresif yang menyebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi dan darah mula membeku. Doktor yang tiada jalan lain kecuali terpaksa memotong sebahagian jari JC dan kakinya kerana gangren yang sudah mula terbentuk. JC dikatakan telah stabil dan sedar tetapi kehidupannya telah berubah. -CARI |
Kurex replied at 21-2-2022 05:35 PM
Penduduk filipina senyum sinis
ADVERTISEMENT