CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Kecewa Kerajaan Masih Tidak Mahu Menaik Taraf Hospital

21-2-2022 05:15 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1538| Komen: 17|Original author: Agent13k

Hospital merupakan salah satu tempat yang penting, jadinya sudah tentu orang ramai mahukan keselesaan dan keselamatan ketika menginap disana ataupun memikirkan keselesaan ahli keluarga mereka.

Namun satu ciapan tular di laman media sosial Twitter dimana seorang pengguna kecewa apabila beberapa hospital kerajaan masih ketinggalan zaman biarpun sudah masuk tahun 2022.

kredit foto: Afyan

Ada lagi hospital yang masih lagi menggunakan kipas sehinggakan ramai pekerja di hospital susah untuk membuat kerja mereka kerana kepanasan dan cuaca yang panas tidak membantu keadaan mereka bekerja di hospital.


Difahamkan, pengguna juga kecewa dengan pihak kerajaan kerana tidak mengambil endah tentang perkara ini biarpun ramai yang mengadu dengan keadaan hospital yang menyedihkan sehinggakan ada pelawat membawa kipas sendiri.


Ramai di dalam komen berkongsikan kisah keadaan hospital kerajaan yang dianggap tempat paling daif adalah hospital di negara ini. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 21-2-2022 08:21 PM
Macam dia sorang je bayar tax. Masalahnya kt malaysia ni brapa ramai tax payer. Yang kaya pun nak lari daripada bayar cukai. Inikan B40 yg sah2 mmg tak layak/mampu nak bayar cukai.
Quote felinecat 21-2-2022 09:24 PM
Aurcond hanya untuk wad kelas 1 hokeiii. Tp Kt hosp gov. Better duk wad kelas 3, wad yg asing ni seram. Rela dgr org bercakap
Quote musangbodoh 21-2-2022 09:27 PM
vee_zara replied at 21-2-2022 08:21 PM
Macam dia sorang je bayar tax. Masalahnya kt malaysia ni brapa ramai tax payer. Yang kaya pun nak la ...

bukan masalah tax payer ramai ke x...nie masalah mentaliti menteri2....cuba tgk sape menteri kesihatan skrg? ader dia background medical x?? tu ja....
Quote Adrif 21-2-2022 10:33 PM
sejujurnya I tak mampu dok hospital
6 tahun lepas, doktor pakar suruh buat minor operation pun I lari, sebab tak mampu bayar kos

tapi sekarang ada buku merah derma darah, dalam 7 kali menderma dah
boleh ke I operate sekarang, tapi tolak kos guna buku merah?
katanya boleh duduk kat wad selesa?
Quote Carcosa 22-2-2022 12:40 AM
Edited by Carcosa at 22-2-2022 12:41 AM
musangbodoh replied at 21-2-2022 09:27 PM
bukan masalah tax payer ramai ke x...nie masalah mentaliti menteri2....cuba tgk sape menteri kesih ...


Ni betul.
Masa mula2 si budak itam tu kena lantik, Meols dikecam teruk ya dgn kwn2 pesbuk Meols.
Kata, give him a chance katanya. Dia je layak, sbb si menteri air suam tu lagi tak layak
Meols bkn nak menteri air suam tu pun. Tapi, apa ke jadah health minister takde langsung background in medical?? Dulu menteri sukan. Haiyo hairan yach
Quote airmineral 22-2-2022 01:02 AM
jgn harap la infra kt msia ni nak upgrade selagi kabinet menteri tu ramai yg dilantik sbb habes kt drg je
patut fokus tambahbaik kt pendidikan, kesihatan dan infra lain mcm jalanraya ke
Quote musangbodoh 22-2-2022 01:32 AM
Adrif replied at 21-2-2022 10:33 PM
sejujurnya I tak mampu dok hospital
6 tahun lepas, doktor pakar suruh buat minor operation pun I lar ...

awat x amik insuran ka?
Quote pxlbb 22-2-2022 08:40 AM
vee_zara: Macam dia sorang je bayar tax. ...
Bukan masalah taxpayers kak, masalah allocation. Aku lebih rela tax ciput tiga kupang yg aku bayar tu digunakan utk hospital dan sekolah berbanding untuk bayar lebih lebih kat gaji muntri roy@ls dan bangunan-bangunan kerajaan yg serba mewah.
Quote anony-mous 22-2-2022 12:39 PM
Adrif replied at 21-2-2022 10:33 PM
sejujurnya I tak mampu dok hospital
6 tahun lepas, doktor pakar suruh buat minor operation pun I lar ...

Hospital kerajaan bukan murah ke? Rasanya klau ada buku merah lebih pd utk wad, byran tetap kena byr
Quote Adrif 22-2-2022 02:51 PM
anony-mous replied at 22-2-2022 12:39 PM
Hospital kerajaan bukan murah ke? Rasanya klau ada buku merah lebih pd utk wad, byran tetap kena b ...

ye, doktor kata tak mahal, ada la dalam beberapa ratus jakita dalam simpanan tak sampai seratus pun
Quote SayaSayangMama 23-2-2022 03:26 PM
dulu masa mak iols masuk wad 25 hari kt hospital hari pertama nurse dah suruh beli kipas sndiri, mujur la mampu terus iols beli. mana yg xmampu tu mcmana la. masa tu iols student lg, klu skrg tukar je sepital swasta puas hati.
Quote mijot 24-2-2022 08:24 AM
betul..kerajaan kena upgrade hospital...
bln 11/2021 bersalin kt hospital banting, aku bawa kipas sendiri...
panas dan berbahang kt dlm wad...nasib baik duduk semalam jer..
satu seksyen,ada 6 katil, kipas ada 2 jer...
parking pun payah...



lagi 1 masalah parking..
hospital putrajaya yg baru tu pun payah nak parking...
tiap kali g sana mesti kena saman..
ni citer zaman 2019...
dgr kata tgh buat parking bertingkat...
dah siap ke?
Quote belacan_gurl 24-2-2022 09:32 AM
Mana lah saya tau ..saya dok kelas 1 je kalo kena warded spital gomen
Quote Gomea 24-2-2022 12:38 PM
Tahun lepas aku masuk wad pon same. Kipas atas katil aku rosak, pusing slow je. Tak buat maintenance kot. Tapi bile pindah wad lain, kemain sejuk lagi sebab ade patient tinggalkan kipas berdiri. Yg makcik2 lain takmo kipas sebab sejuk. Jadi aku halakan kat aku sorang jelah
Quote dua_chzy 24-2-2022 01:50 PM
felinecat replied at 21-2-2022 01:24 PM
Aurcond hanya untuk wad kelas 1 hokeiii. Tp Kt hosp gov. Better duk wad kelas 3, wad yg asing ni ser ...

Wad kelas 2 pun hada ekon.
Quote copy_paste 24-2-2022 03:45 PM
hospital ni kalau kena yg ada aircond sejuk sgt,
kalau yg xde airocnd la terasa bahangnye, selalunye hospital2 lama yg xde aircond,ward pun mcm dorm
Quote missus_meow 24-2-2022 04:06 PM
hrp2 adelah peruntukan utk upgrade ... ade hospital yg dah uzur ... sianlah kat patients ... nurses dan docs yg terpaksa bertugas dlm keadaan yg kurang selesa ...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.080412 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top