|
Hampir dua tahun hidup dalam suasana pandemik, nampaknya masih ada individu yang kurang peka dengan risiko jangkitan Covid-19.
Terbaharu, tular foto memaparkan seorang kanak-kanak perempuan positif virus itu dibawa berjalan-jalan ke kawasan terbuka oleh ibunya. Tindakan wanita itu ternyata menimbulkan kemarahan ramai sehingga dia diselar pengguna Twitter. "Dia positif Covid-19 tapi lihatlah semangatnya. Mengambil manfaat daripada terik matahari," tulis wanita itu menerusi akaun Twitter miliknya.
"Kamu kena Covid-19, terperap dalam rumah tanpa pengudaraan, tempah (makanan) GrabFood, tunggu temu janji dos penggalak keempat. Kami tak sama," tulisnya lagi. Dalam foto serta tweet tular yang sudah dipadam, kanak-kanak yang tidak memakai pelitup muka itu dilihat sedang berada di tepi sebuah jalan yang tidak dapat dipastikan lokasinya. Pada Ahad, ibu kepada kanak-kanak itu tampil membuat permohonan maaf dan memberi penjelasan atas tindakannya itu. "Kami sedang kuarantin sekarang dan akan terus kuarantin sehingga hari ke 10. Saya mohon maaf sekali lagi. "Kami ambil angin di perkarangan rumah sewaktu jam 12 tengah hari di mana selalunya ramai yang berada di dalam rumah dan di perkarangan rumah kami akan sunyi. "Selalunya kelibat kereta sahaja yang lalu lalang. Tapi saya mohon maaf sekali lagi. Seharusnya saya lebih peka," ujar wanita itu. Dalam tweet berasingan, dia turut memohon orang ramai agar terus mendoakan kesihatan dia sekeluarga. Sementara itu, beberapa pelayar Twitter turut berkongsi cerita mengenai kisah sebilangan rakyat negara ini yang masih kurang peka akan risiko jangkitan Covid-19. Sumber: mStar
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.115511 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.