CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Arab Dah Boleh Pakai Seluar Pendek

21-2-2022 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1373| Komen: 4

Kerajaan Arab Saudi meluluskan undang-undang membenarkan lelaki berseluar pendek di tempat awam, lapor akhbar Saudi Gazette.

Individu di Arab Saudi yang memakai seluar pendek di lokasi-lokasi awam tidak lagi dianggap sebagai melanggar undang-undang kesopanan awam, kecuali di masjid dan pejabat kerajaan.

Pindaan terbaharu terhadap jadual pelanggaran kesopanan awam itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Putera Abdulaziz Bin Saud mengeluarkan keputusan kementerian yang menyeru pelaksanaan pindaan tersebut.


Gambar hiasan/Gulf Insider

Selain pindaan terhadap peraturan melanggar kesopanan awam, menteri turut meluluskan penambahan kesalahan baharu kepada klasifikasi pelanggaran kesopanan awam. 


Keputusan itu menetapkan bahawa denda hanya diberikan kepada individu yang memakai seluar pendek di masjid atau pejabat-pejabat kerajaan dengan nilai denda antara 250 hingga 500 riyal Saudi (RM279 hingga RM558).

Undang-undang kesopanan awam di Arab Saudi mula berkuat kuasa pada 2 November 2019. Ia diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri yang telah mengenal pasti 19 kesalahan yang membolehkan pesalah didenda sebanyak 50 hingga 6,000 riyal Saudi (RM56 hingga RM6,698).


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-2-2022 03:07 PM
Banyak bulu2.

Quote kemaruk 21-2-2022 03:11 PM
Bak kata medin kita boleh becky
Quote supernaturalee 21-2-2022 03:45 PM
sharlenetexas replied at 21-2-2022 03:07 PM
Banyak bulu2.

Dgn peluh nya lagi
Mcm embun pg kt hujung daun
Tp ni peluh kt hujung bulu roma
Yikesss

Quote FOTHER-MUCKER 22-2-2022 06:11 AM
Baguslah kerana mereka sudah insaf!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.105433 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top