CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dugaan Makin Banyak Tapi Hidup Lebih Tenang" - Saharul Ridzwan

21-2-2022 03:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1450| Komen: 0|Original author: tatod


Sudah agak lama juga aktor Saharul Ridzwan, 33, tidak muncul dalam mana-mana drama mahupun telefilem baharu. 

Katanya, dia masih ada dalam industri seni lakon tetapi buat masa ini, dia berehat seketika untuk memberikan tumpuan pada perniagaannya.

Pelakon yang mulai dikenali selepas memegang watak antagonis menerusi drama Love You Mr. Arrogant itu berkata, dia membuat keputusan berkenaan kerana keinginannya untuk solat berjemaah di masjid.

"Selain ingin belajar untuk pergi masjid dan solat berjemaah di sana, saya juga ingin belajar sunnah nabi iaitu berniaga. Ada juga dulu saya berniaga tetapi apabila tidak berikan komitmen 100 peratus, ia tidak menjadi.

"Mungkin 2022 adalah masa terbaik untuk saya belajar yakin dengan Allah dan rezeki yang Dia berikan. Kita berniaga pun Allah yang beri rezeki," katanya.



Selepas mengambil keputusan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT, dia bersyukur kerana menjalani kehidupan yang lebih tenang walaupun terpaksa berhadapan banyak dugaan.

"Hidup saya lebih tenang walaupun dugaan banyak. Dulu dugaan sikit tetapi hidup tak tenang pun. Sekarang ini, lebih banyak dugaan saya rasa betapa Allah sayangkan saya," katanya.

Mengimpikan mati dalam keadaan 'full' sunnah, perkara itu menyebabkan Saharul mulai belajar dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

"Sepanjang 33 tahun, tidak banyak sunnah yang saya tahu. Tapi, saya berharap akan meninggal dunia dalam keadaan 'full' sunnah agar mendapat syafaat daripada nabi. 

"Dalam hal mendidik keluarga, saya hanya buat apa yang nabi lakukan dan amalkan terhadap keluarganya. Bukan saya yang bentuk tetapi hubungan saya dengan Allah pasti membantu untuk membentuk anak-anak. Saya hanya boleh cakap tapi bentuk hati dan tingkah laku adalah Allah," katanya.



Mengulas mengenai lakonan, kata Saharul, dia tidak kisah melakonkan apa sahaja watak asalkan tidak melanggar batas agama apatah lagi proses penggambaran mengambil masa panjang dan memerlukan 'eye contact' sesama pelakon.

"Berlakon haruslah tunjuk yang elok. Boleh ke solat tepat waktu atau ke masjid. Tetapi itu bukan salah orang lain. Salah saya sendiri. Saya sudah lama berlakon tidak membabitkan sentuhan. 

"Itu adalah syarat yang saya letak tetapi untuk menjaga pandangan mata itu susah sedikit sebab perlu 'eye contact' dengan pelakon lain. Kalau saya boleh lakukan perkara itu, mungkin saya akan kembali," katanya.

Menerusi temu bual bersama Mstar, Saharul turut memohon agar orang ramai menyelitkan namanya dalam doa agar dia terus istiqamah meniti kehidupan yang diredai Allah. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054845 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top