CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Damian Mikhail Anggap Kes Positif Meningkat Sebab Ramai Suka Merayap

21-2-2022 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1644| Komen: 16

Peningkatan kes baharu yang dijangkiti COVID-19 semakin hari semakin meningkat. Terbaru pada 19 February 2022, kes COVID-19 di Malaysia mencecah sebanyak 27,808 kes.



Foto: IG

Menerusi perkongsian di Instagram story milik Damian Mikhail, dia memahami jika jangkitan virus terjadi dalam golongan yang terpaksa kerja kerana golongan ini adalah barisan hadapan, bekerja dalam industri berkeperluan dan yang betul-betul penting.

Dia mendoakan golongan ini dipermudahkan segala urusan dan mudah sembuh.


Foto: via Murai.my


Tambahnya lagi, jika jangkitan yang terjadi disebabkan oleh aktiviti sesetengah golongan yang suka merayap sana sini, beriadah, melepak, tiada penjarakan sosial dan malas menjaga anak dirumah, golongan ini adalah golongan yang mencari penyakit dan sepatutnya positif COVID 19.

Bukan itu sahaja, bagi Damian, golongan ini menyusahkan orang lain dan dia mengharapkan golongan ini tengok muka di cermin dan tampar diri sendiri. -CARI







Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayang 21-2-2022 02:54 PM
Dia ni kan mmg berlagak dia je betull. aku pernah gaduh dgn dia dulu sbb dia buat status org hantar taska sbb taknak jaga anak.. choiii..
Lepas aku cakap aku dgn husband keje essential services, kat power plant dia kata aku boleh discuss dgn management aku supaya sorg keje sorg dok rumah.. amboii... mcmla company  tu apak aku punya.

Kadang2 dia punya kesimpulan tu mudah sgt. igt org taknak jaga anak. Lama2 aku unfollow sbb dia mmg igt da je betul.
Quote nakkomenjugak 21-2-2022 03:16 PM
hak elaaaaaa
dah tu ko tak pernah merayap????
ingat weols marhaen ni tak pergi kerja ke? choyyyy
Quote spitsid 21-2-2022 05:04 PM
Entahnya..masa the 1st mco uplifted tu iols pernah juga nampak heols sekelurga jalan2 the curve. Mungkin masa tu kes tak tinggi la ekk konsep diaa.masa tu virus kobit takda kot.
Quote Parit.Hilton 21-2-2022 05:07 PM
sayang replied at 21-2-2022 02:54 PM
Dia ni kan mmg berlagak dia je betull. aku pernah gaduh dgn dia dulu sbb dia buat status org hantar  ...

laaa bodohnya dia niiiii
dia ingat kita ni suka2 hati nak buat company macam kita punya

jenis tak pernah kerja dengan company agaknya
sesuka buat assumption sendiri
Quote pencintaABC 21-2-2022 05:09 PM
Kan? Kalau dah company arahkan work from office takkan degil nak WFH jugak. Silap2 kena tendang sapa nak bagi makan?
Quote AWEKSAMURAI 21-2-2022 05:56 PM
Dari bulan 10 sampai raya cina org merayap ..holiday sana sini kes x naik pon ???????????? mai nk puasa tiberrrrrr
Quote cheezel 21-2-2022 06:01 PM
Dia ni kan geng antivacc. Sbb tu asyik meroyan
Quote dudaberhias 21-2-2022 06:12 PM
memang la... dah tu takkan semua duduk rumah??

eee kepammm...
Quote iraizz 21-2-2022 07:45 PM
sayang replied at 21-2-2022 02:54 PM
Dia ni kan mmg berlagak dia je betull. aku pernah gaduh dgn dia dulu sbb dia buat status org hantar  ...

Sembang kencang je lebih damian ni, perlaksanaan zero... Keje duk mendewakan kecantikan bini dia kat ig je, orang lain pun ade je bini cantik lawa, tapi tak over pun.. Dulu bini bertudung, sekarang dah terbang
Quote Suchi 21-2-2022 08:16 PM
Apa ko ngarut ni kan omicron tu mudah jangkit tak merayap bleh kena. Ramai kena jangkit kat tempat keje dan sekolah. So dorang merayap ke? Bukan semua org berpeluang keje sendiri duk kat umah pun leh buat duit.
Tahun lepas masa delta mengganas iols duk umah je tak g mana sbb pkp pun leh kena covid gak.
Kalau dah nak kena tu duk dlm gua pun leh kena, sedangkan queen yg duk dlm istana tu pun bleh kena.
Quote sayang 21-2-2022 08:33 PM
Parit.Hilton replied at 21-2-2022 05:07 PM
laaa bodohnya dia niiiii
dia ingat kita ni suka2 hati nak buat company macam kita punya


Tahla sis.. bajet pandai gitula..
I just nak bgtau dia jgn la judge org hantar anak gi taska ni nak anak kena covid. Ape punya pemikiran la skit2 taknak jaga anak, campak anak.. dia jelah yg jaga anak kot.

I ckp kalau dua2 keje essential mmg kena hntar anak la..pastu dia kata yela semua claim essential services kan. Pastu i ckp kalu you fikir keje power plant utk generate power supaya org tk hidup bergelap tu tak essential then I rest my case la. Dan2 suruh I bincang dgn management plak. Mcm la ko tu boss aku..n perlu ke aku nk bgtau kalau ko aku da bincang pon. Kosser..

Then up lagi status taknak jaga anak, campak anak. So I da tau da dia stand ape. Dia rasa dialah yg terpaling jaga anak
Quote slyfynx 21-2-2022 10:07 PM
Abis yang bukan essential kalau terjangkit di tempat keje tu mmg jahat ke hape ni?
Quote cap_ayam 21-2-2022 10:20 PM
sayang replied at 21-2-2022 08:33 PM
Tahla sis.. bajet pandai gitula..
I just nak bgtau dia jgn la judge org hantar anak gi taska ni na ...

Dia ingat power plant tu boleh bawak balik rumah? Apoo
Quote Carcosa 22-2-2022 01:13 AM
Ehhh pariappa ni, dah tak valid lah statement2 mcm ni. Bodoh, dah brp tahun hidup dgn Covid ni??
Aku benci betul org yg acah2 holier than thou ni, yg diaaaa jelah terpaling. Dia jelah jaga SOP, dia jelah duduk rumah, dia jelah pembersih.
Bodoh punya pariappa, org dah learn how to live with it, stupid! Kau nak berkuntum dkt rumah dgn anak2 ko, suka ko lah. Acah2 bagus. Harap kau kenA Covid walaupun duduk rumah - kena drpd delivery boy ke apa. Baru padan muka ko. Bodoh gila.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042236 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top