Entah apa agaknya perasaan cikgu yang merampas dan membakar telefon pintar di depan pelajar tambah pula yang dibakar itu adalah model iPhone.
Dikhabarkan oleh salah seorang netizen, kejadian ini berlaku di Sekolah Agama asrama penuh di Indonesia. Perbuatan ini dilihat sebagai melampau dan sepatutnya cikgu hanya perlu merampas sahaja jika pelajar tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan bukanlah sehingga membakar. Ada juga netizen yang marah melihat video tersebut dan jika ia berlaku ke atas dirinya, pasti dia akan membalas dendam semula dengan melakukan kembali keburukan seperti mana tindakan cikgu tersebut. Melupuskan telefon pintar dengan cara yang tidak betul akan mendatangkan bahaya seperti mana yang disampaikan netizen. Apa perasaan pelajar tersebut melihat cikgunya membakar telefon pintar mereka dan kenapa tindakan tersebut seperti 'diluluskan' oleh pihak pengurusan sekolah tersebut kerana ia adalah tindakan yang tidak wajar sama sekali. Walaupun isu ini bukan berlaku di Malaysia, namun sebenarnya ia adalah tindakan yang melampau dan tidak beretika. Cukuplah hanya merampas dan beri amaran tegas. Kemudian pulangkan semula bila sudah tamat persekolahan. - CARI
|
Normabaru: Entah2 dia just bakar dummy ph ...
ADVERTISEMENT