New York – Seorang pesohor media sosial mendedahkan bahawa dia sanggup membelanjakan wang sehingga AS$2,000 (RM8,372) setiap bulan untuk membeli enam kotak air mineral jenama Voss kerana tidak tahan dengan rasa air paip, lapor akhbar The Sun.
Menurut Ryan Dubs, dia mempunyai empat buah peti sejuk di rumahnya yang diisi dengan 164 buah botol kaca air mineral Voss untuk diminum. “Sebagai seorang individu yang hanya minum air mineral, ia merupakan satu kemewahan. “Saya juga amat tidak menyukai rasa air paip dan tidak boleh meminumnya. Saya hanya boleh minum air mineral dari botol,” katanya kepada kira-kira 503,000 pengikutnya di TikTok.
Tambah Dubs, sebelum ini dia pernah meminum air mineral Fiji Water namun rasa bersalah kerana jenama tersebut menggunakan botol plastik. Disebabkan itu, lelaki berkenaan beralih kepada Voss kerana jenama itu menggunakan botol kaca artisan. “Tetamu yang datang ke rumah berasa kagum apabila saya menghidangkan mereka air di dalam botol kaca yang sejuk. Ia bagaikan satu aksesori fesyen,” ujarnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
DayangKirana replied at 21-2-2022 01:26 PM
gitu... takde ke influencer kat m'sia ni nak tiru acah2 takleh minum air coway ke ape..
dato bida or ...
batmana replied at 21-2-2022 01:51 PM
ni klu berlaku perang, org cmni la yg pertama mati kebuluran...
airisa replied at 21-2-2022 04:32 PM
Air Voss ni memang sedap ... first time dapat dlm emirates business class flight. lepas asyik2 minta ...
supernaturalee replied at 21-2-2022 04:15 PM
Tmpt korg xde coway ke cuckoo ke
ADVERTISEMENT