CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Apa Yang Dia Buat, Sakit,"- Puteri Balqis Mengaku Hidup Lebih Baik Tanpa Ayah

21-2-2022 12:51 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 6498| Komen: 22|Original author: Cinta Erina

Sumber: Google Image

Baru-baru ini, pelakon popular Balqis atau lebih mesra dengan nama Aqish ini mengakui hidupnya lebih baik sekarang tanpa kehadiran seorang ayah sejak berumur 10 tahun. Aqish juga merasakan hidupnya sudah cukup lengkap sekarang ini walaupun hanya tinggal bersama ibunya.

Sumber: Instagram Puteri Balqis


Balqis ditemubual oleh Gempak pada majlis sidang media pelancaran filem seram lakonannya iaitu Rumah. 

Menurut Aqish, ayahnya sudah lama tidak berhubung dengannya dan dia merasakan dia lebih kuat menjalani hidup ini tanpa kehadiran ayahnya. Aqish juga mengaku bahawa dia mengalami tekanan yang hebat apabila ayahnya ada bersama ketika dia masih kecil. 

Sumber: Google Image

"Kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 tahun. Apa yang dia telah buat, amat menyakitkan. Jadi saya nak jauhkan diri. Apabila saya cuba menghubungi dia, jelas kelihatan kasih sayang sudah tiada. Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya lengkap, tak rasa kehilangan langsung," kata Aqish.

Ujar Aqish, kini dia cuma hanya ada ibunya dan pengurus (Fariz) dalam hidupnya. Walaupun hidupnya cukup sederhana, dia berasa amat gembira kerana ibunya masih berada di sisinya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 21-2-2022 01:49 PM
teruskan kuat ye dik. moga sentiasa dalam lindungan ALLAH
Quote IRZeeBuk 21-2-2022 02:47 PM
ayahnye pun,

tak kesian ke pada anak?
kau tau buat anak, tp kau taknak bertanggungjwab
anak hidup dengan rasa benci pada ayahnye

Hidupnya patut penuh kasih syg dari ibu bapa..
hanya ibunya yang jaga, mana complete sebuah keluarga?

Ibunya juga perlukan seorang lelaki
Mereka perlukan didikan
didikan agama dari seorang ketua keluarga

kenapa hancurkan harapan anak perempuan dan isteri?
Lelaki mcm ni la aku benar2 tak faham

keluarga... mana keluarga???
Quote babelina 21-2-2022 05:09 PM
umpama hidup sebatang kara.. dia ngn mak nye ajer.. x pnah dgr citer tok nenek ker.. blk kg ker..
apa la kisah sbnrnya hidup dorg nie..
pape pn.. moga yg baik2 selalu disisi korg.. amin yra
Quote Carcosa 22-2-2022 01:33 AM
Kadang kesian jgk dgn nasib kita org perempuan ya.
Dpt bapak hauk, mcmana cara kita buang dia pun, kang time nak bernikah, selagi dia masih hidup, kena jgk mencari dan mengadap dia
Dahla jantan2 Malaya ni byk yg pandai tabur benih je. Walaupun aku tak berkenan si Aqish ni, tapi kesian jgklah tgk kehidupan huru hara dia ni. Dia tak deserve semua ni
Quote makton 22-2-2022 09:29 AM
mak dia tu mcm pelakon la..
Quote Orangelily 22-2-2022 09:55 AM
makton replied at 22-2-2022 01:29 AM
mak dia tu mcm pelakon la..

Macam iras kartina ayoob ex rizman iols nampak
Quote makton 22-2-2022 10:37 AM
Orangelily replied at 22-2-2022 09:55 AM
Macam iras kartina ayoob ex rizman iols nampak

ada iras, tp bukan pelakon yg i maksudkan
Quote addamnor 22-2-2022 12:00 PM
bapa dia sexually abuse dia kah? berpatah arang benar budak ini.
payah dek hidup dalam dendam, mmg serabut dlm jiwa.. yang bapaknya sah2 tidak akan aman, kita yang jadi pendendam ini pun still bears the pain dan tidak aman juga.
benarlah Tuhan kata, kalaupun orang jahat pada kita, forgiving is the best remedy to the soul.
Quote miamiot 22-2-2022 12:19 PM
makton replied at 22-2-2022 09:29 AM
mak dia tu mcm pelakon la..

Muka pelakon kjp ada kjp ilang Diana Johar kut
Quote makton 22-2-2022 12:27 PM
miamiot replied at 22-2-2022 12:19 PM
Muka pelakon kjp ada kjp ilang Diana Johar kut

bukan jugakkkk

adoiii nak igt nama drama pun payah. klu igt boleh google nama cast
Quote makton 22-2-2022 12:39 PM
ok dah jumpa dah sape pelakon yg i maksudkan.
i igt dia jadi mak fazura dlm gol & gincu - Bernice Chauly

914521582_d9818f5b0b_n.jpg

@miamiot @orangelily

Quote doubleA 22-2-2022 02:12 PM
Nanti dah nak nikah kena cari juga bapak utk urusan wali
Quote Orangelily 23-2-2022 02:01 PM
makton replied at 22-2-2022 04:39 AM
ok dah jumpa dah sape pelakon yg i maksudkan.
i igt dia jadi mak fazura dlm gol & gincu - Bernice Ch ...

o i c..ini orgnye adik beradik si bernard chauly
Quote makton 23-2-2022 03:14 PM
Orangelily replied at 23-2-2022 02:01 PM
o i c..ini orgnye adik beradik si bernard chauly

gambar mak aqish kat atas tu i nampak mcm pelakon tu. tp ada masa gambar dia mcm tak seiras plak
Quote Orangelily 23-2-2022 04:15 PM
makton replied at 23-2-2022 07:14 AM
gambar mak aqish kat atas tu i nampak mcm pelakon tu. tp ada masa gambar dia mcm tak seiras plak ; ...

itula..berwajah komersil jugakla mak aqish tu, apesal dia x berlakon ek? dapat jugak tambah pendapatan
Quote makton 24-2-2022 07:48 AM
Orangelily replied at 23-2-2022 04:15 PM
itula..berwajah komersil jugakla mak aqish tu, apesal dia x berlakon ek? dapat jugak tambah pendap ...

dia kan jenis puitis, suka menulis. maybe dia keje belakang tabir jadi script writer kot
Quote puanbintang 24-2-2022 08:13 AM
semoga baik- baik aje untuk aqish...kesian, tapi diapun yang jenis buat hal dia je
Quote bulalof 24-2-2022 08:53 AM
all the best to u and kurangkanlah posting to the world about your life. move on and be a better person.
Quote caprut 24-2-2022 09:00 AM
Hensem gak bapak dia 10 tahun lpas. Ramai skandal kot

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058104 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top