CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Prosedur Analisis Wajah , Berjaya Temui Anak Hilang Diculik 16 Tahun Lepas

21-2-2022 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1475| Komen: 8

Bandar Mexico – Sepasang suami isteri di Mexico berjaya menemui semula anak lelaki mereka yang diculik lebih 10 tahun lalu selepas melakukan analisis pengecaman wajah berteknologi tinggi, lapor akhbar Daily Star.


Yasir Macias dan Rosalia Lopez kali terakhir melihat anak mereka, Salvador, pada 15 Disember 2005 ketika dia baru dilahirkan.

Seorang wanita yang menyamar sebagai jururawat Hospital Wilayah Am IMSS di Guadalajara mengambil Salvador daripada mereka dan memberitahu bahawa bayi itu perlu disusukan disebabkan waktu melawat telah habis.


Yasir dan Rosalia bersama Salvador ketika dia baru dilahirkan pada tahun 2005 serta wajah terkini remaja itu (kanan). Foto: Newsflash


Dia kemudian meninggalkan hospital tersebut dengan membawa bayi berkenaan.

Kini, selepas 16 tahun kemudian, pasangan tersebut bersatu semula dengan Salvador.

Pencarian mereka berhasil selepas satu prosedur analisis wajah terperinci dilakukan pada September lalu. 

Analisis yang dijalankan oleh Institut Sains Forensik Jalisco itu menggunakan gambar Salvador ketika dilahirkan untuk mengenal pasti bagaimana rupa bayi itu kini.

Beberapa bulan kemudian, penyiasat berjaya menemui seorang remaja yang memiliki ciri-ciri yang amat serupa dengan analisis yang dijalankan.

Selepas melakukan beberapa ujian am ke atas remaja tersebut, Rosalia dan Yasir, mereka menemui padanan sebanyak 99.99 peratus.

Buat masa ini, pihak berkuasa masih menyiasat jenayah itu namun, tiada sebarang tangkapan dibuat berkenaan insiden penculikan setakat ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 21-2-2022 12:48 PM
Maknanya .Teknologi ni boleh detect org tu anak angkat atau tk..msti makin mudah nk kesan
Quote mbhcsf 21-2-2022 01:00 PM
wow. cool. good for them. Brilliant tech.

kesian parents tu ....
Quote darkness 21-2-2022 01:40 PM
Tahniah....
Quote cmf_PariS 21-2-2022 01:42 PM
sebiji muka omak eh! mesti terharu dpt pelok anak .. aduhai kesian...
Quote husie91 21-2-2022 10:48 PM
Nasib baik kena culik tapi masih hidup lagi.. paling sedih kalau dapat tahu kena culik tapi jd magda sindiket ke apa.. [em:9:]
Quote Tinot7 21-2-2022 10:57 PM
Lamanya.. 16 tahun..
Quote Carcosa 22-2-2022 01:42 AM
Siannye kat mak diaaaaaa
Dahla baru beranak masa tu. Mesti tak ketat kan, kawalan hospital tu, boleh selamba badak je betina tu keluar dgn baby org lain
Quote I.K.A888990 22-2-2022 02:12 AM
kesian nya 16 thn hilang
tapi syukur jumpa juga.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068152 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top