CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas! Scammer Tengah Ligat Tipu Jual Baju Raya Di Instagram

21-2-2022 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2105| Komen: 9

Petaling Jaya – Penipu atau scammer kini dikesan mula rancak memperdaya orang ramai terutama wanita melalui penjualan baju raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada Mei ini.


Mengikut modus operandi, penipu terbabit memuat naik gambar pakaian milik peniaga lain di Instagram pada harga lebih murah untuk menarik perhatian orang ramai supaya membuat pembelian.

Harga sepasang baju kurung moden yang dijual peniaga sebenar adalah RM180, manakala akaun penipu pula menjual tiga pasang baju sama pada harga RM200.


Foto: Kosmo

Seorang mangsa, Nur Azahani Mohd. Saas berkata, dia menjadi mangsa selepas tertarik dengan iklan baju raya di satu akaun Instagram pada pada pukul 4 petang, 12 Februari lalu.


“Kebetulan saya memang sedang mencari baju raya Aidilfitri tahun ini, Selepas ternampak iklan berkenaan saya terus meng­hubungi penjual melalui aplikasi WhatsApp dan memilih pakaian yang hendak dibeli.

“Pemilik akaun itu memberikan butiran nombor akaun bank milik individu dan saya dikehendaki membayar sebanyak RM110. Pada pukul 5 petang, saya menerima mesej daripada penjual meminta bayaran RM110 lagi kerana barang yang dipesan ditahan pihak kastam.

“Pada pukul 7.30 malam saya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki me­minta bayaran tambahan sebanyak RM110 lagi dengan alasan sama dan saya mengesyaki ini satu penipuan,” katanya yang telah membuat laporan polis di Ipoh.

Seorang lagi mangsa dikenali Wawa mendakwa, dia menjadi mangsa penipuan selepas tertarik membeli tiga helai baju kurung sempena hari raya di Instagram pada 13 Februari lalu.

“Saya menekan link WhatsApp yang diberikan untuk membuat pesanan membeli baju kurung.


Gambar Hiasan, Foto: Moneysmart

“Setelah membuat bayaran sebanyak RM200 secara online ke akaun bank milik individu, saya mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang meminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM450.

“Saya rasa seperti ada yang tidak kena dan mengesyaki telah ditipu,” jelasnya.

Sementara itu, penjual rasmi yang menjual baju kurung tersebut di Instagram, @Kebayakaftanbatik tidak menyangka ada individu yang tidak bertanggungjawab sanggup mengambil kesempatan menggunakan gambar pakaiannya untuk tujuan menipu orang ramai.

“Bukan seorang (penipu) tetapi sudah ada 17 scammer yang menggunakan gambar yang dimuat naik daripada Instagram kedai kami.

“Saya juga berharap pihak polis mengambil tindakan atas penipu-penipu ini,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 21-2-2022 01:22 PM
Dedahkan sahajalah acc scammer tu .. biar semua jiran-jiran dan orang kampung tahu yang dia scammer. .. susah skitlah nak buat kerja bila dah kena cop scam dimana-mana
Quote prettyuglybabe 21-2-2022 04:35 PM
dah dua tahun tak beraya tahun ni nak all out beli baju, sekali kena tipu pulak..
padahal dah berbuih orang nasihat kalau nak beli check dulu no akaun..
ni nampak murah je terus gelap mata..
nak sangat baju murah, pi kenanga sana..
Quote pengecattaik 21-2-2022 06:28 PM
Beli je dlm shopee
Quote Nadia1691 21-2-2022 07:16 PM
Baru je terkena..guna MO yg sama,dah byr rm200 minta tambah lg utk rm350 utk postage..
Quote cmf_premierleag 21-2-2022 07:33 PM
bodohnya la pi beli kt instagram
dah ada shopee lazada tak nak lak pakai
at least bleh gak dpt refund
Quote doubleharmonic 21-2-2022 07:55 PM
ada ke yang beli? haritu kata tempahan sendu sebab takut pkp lagi?
Quote Carcosa 22-2-2022 01:44 AM
Baik IG mahupun FB
Toksahla beli apa2 oiiiii. Jgn batak sgt tgk murah, lepas tu iktiraf diri tu Lucky gila dpt came across these kind of ad.
Udoh2 ler jadi bodoh.
Quote Normabaru 22-2-2022 03:17 AM
Ig n fb tu tmpt bersocial bukan tmpt jual beli..ko Salah masuk lane..Lazada shopee mall sume ada bukak..pergi Sana..dah tahu diri tu naif sgt..so gunakan lorong yang betul.sekian pesanan khidmat masyarakat kaka norm
Quote pengecattaik 27-3-2023 06:43 PM
Nevaaaar!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.114987 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top