CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pura-Pura Nak Berhubungan Seks, Zakar Suami Nyaris Dipotong Isteri

21-2-2022 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1230| Komen: 2

Jakarta – Seorang lelaki dari Lumajang dalam wilayah Jawa Timur, berdepan dengan detik cemas apabila alat kelaminnya nyaris dipotong oleh isterinya, lapor program berita Liputan 6.


Menurut laporan, mangsa yang dikenali sebagai AH sebelum itu sedang bersiap sedia untuk melakukan hubungan intim dengan isterinya, HS.

Suspek sempat pergi ke dapur rumah dan mengambil sebilah pisau sebelum kembali ke dalam bilik tidur dan berpura-pura ingin melakukan hubungan seks.


Foto: Liputan6

Dia kemudian menghunus pisau tersebut secara tiba-tiba untuk memotong zakar suaminya, namun cubaannya gagal kerana pisau itu hanya mengenai bahagian pangkal zakar mangsa.


Menurut Ketua Polis Jatirito, Asisten Komisioner Polis Rudi Isyanto, selepas insiden tersebut, suspek cuba membunuh diri dengan menggunakan pisau yang sama.

Disebabkan berlakunya kekecohan, ibu bapa mangsa menyedari kejadian itu dan menjerit untuk meminta pertolongan daripada jiran-jiran.

“Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, tindakan suspek itu dilihat menjangkaui sikap seorang yang normal.

“Suspek juga didakwa sering melakukan perbuatan yang tidak wajar seperti orang yang mengalami gangguan jiwa atau tekanan mental,” kata Rudi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 21-2-2022 12:14 PM
Klu dh mental tu..cepat2 la berubat..kawin pun dah x sah sbnrnya
Quote Adrif 21-2-2022 08:57 PM
power sangat kut. isteri sampai stress  

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 11:56 PM GMT+8 , Processed in 1.019252 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top