|
“Harap baju saya tidak menjadi bahan parodi lagi.” Demikian respons penyanyi popular, Aina Abdul mengenai bisana yang bakal dipakainya pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) pada 6 Mac lalu.
Katanya, baju yang dipakainya nanti akan menggambar tentang dua buah lagu yang bakal disampaikannya iaitu Sepi dan Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar. “Tentang pakaian, saya masih mengekalkan cara sendiri tetapi tidak akan lari daripada maksud lagu yang disampaikan. “Namun, kalau boleh saya nak elakkan baju-baju saya dijadikan bahan parodi yang teruk seperti sebelum ini. Harap penonton seuka dengan dua persembahan saya nanti,” katanya.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, berkata demikian pada sidang akhbar secara virtual AJL36.
|


n3ar replied at 21-2-2022 05:15 PM
suka pakai baju pelik bangang..
pakai baju biasa sudah....
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.101099 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.