CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Babak Panas Dalam Kereta, Caprice Tak Salahkan Pelakon- "Marahlah Pengarah"

21-2-2022 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1551| Komen: 4

Hanya kerana sebuah adegan, drama Love in Lockdown menjadi bahan bualan dan kecaman netizen dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Semuanya gara-gara sebuah babak dalam kereta memaparkan pelakon utamanya, Siti Saleha dan Shah Iskandar yang dilihat sedang mengemaskan diri dan pakaian masing-masing.

Turut memberi pandangan mengenai adegan yang disamakan seperti soft porn tersebut, penyanyi sensasi Caprice berpendapat netizen tidak seharusnya mengecam para pelakon sebaliknya pengarah yang perlu dipersoalkan.


Kosmo

“Buat apa dalam kereta? Netizen kecam babak Siti Saleha dan Shah Iskandar. Pertama sekali tidak adil jika hendak mengecam dan menghentam pelakon terlibat.


“Mereka semua dibayar untuk melakonkan babak tersebut dan hanya ikut skrip. Anda semua sepatutnya marah kepada pengarah drama tersebut,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Seperti ingin menjernihkan keadaan, penyanyi lagu Kau Hade itu turut meminta netizen meninggalkan komen menceritakan semula adegan kontroversi tersebut tanpa sebarang unsur lucah.



“Saya minta anda tuliskan situasi babak dalam kereta tersebut tanpa menjadi lucah. Jika menarik, saya akan berikan hadiah istimewa,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam ruangan komen hantaran Instagram Siti Saleha, rata-rata netizen melahirkan rasa kecewa dengan kewujudan adegan berkenaan.

“Saya perminat awak tetapi ada babak tidak patut ditayang dalam drama ini.

“Kita ada adab, jadi sangat sedih apabila ternampak adegan seperti itu. Tolonglah janga maju dengan cara sebegitu,” komen seorang netizen.

Foto: IG

Terdahulu, nama Siti Saleha yang melakokan watak Doktor Suzana menjadi bahan bualan netizen selepas adegan kontroversi tersebut tular dalam media sosial.

Sebagai info, Love in Lockdwon yang ditayangkan bermula hari ini menerusi platform penstriman Sooka berkisarkan pahit manis kehidupan segelintir individu sepanjang tempoh pandemik Covid-19. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acepark 21-2-2022 12:09 PM
caprice ni bagus la.up to date la.rajin komen2
Quote babelina 21-2-2022 12:39 PM
dia nie.. tetapppppppppp nk komen.. #untukkekalrelevan
Quote dudaberhias 21-2-2022 12:44 PM
tetap nak mencapub macam dia yang terpaling tahu...
btw geli la teringat babak ni sebab shah iskandar tu dah tak herlokkk...
teringat bunyi heshe dok moaning tu... bunyi tu trigger iols punya kecaman... kalau takde bunyi tu ok lagi kot

cuba la ganti dengan pelakon herlok... sean lee ke alvin chong confirm iols maafin dan ulang2

jangan kau gatai pergi letak buShuk, tauke jambu dengan ali puteh pulak sudah... tak pasal2 jadi rusuhan macam negara india siap ada sesi bakar pawagam...
Quote NonaNaga 21-2-2022 01:14 PM
itulah kalau wife terkinja2 kat tiktok jgn salahkan wife..salah kan shuben yg tak kezzahhh.. analoginya lah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.042345 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top