|
Wawa Zainal memperkenalkan anaknya, Hayla Magfiraul Adzkiyaa, 6, dalam filem terbaharu terbitan syarikatnya berjudul Abnormal.
Katanya dia dapat melihat bakat dan potensi anak keduanya itu. “Tak sangka sebenarnya Hayla pandai berlakon. Ini merupakan filem pertama yang menampilkan dia. “Sebagai pasangan suami isteri yang kedua-dua pelakon, kami percaya mesti salah seorang anak akan mengikut jejak langkah ke dunia seni. “Apabila sedar Hayla ada bakat, saya cuba untuk ketengahkan dia ke dunia lakonan,” katanya kepada mStar.
Selain Aeril sebagai pelakon utama, Nabila Huda juga berlakon dalam filem yang sama. Sementara itu Wawa yang juga bergelar usahawan kosmetik meluahkan rasa bersalah kerana selalu sibuk dan tidak punya banyak masa bersama keluarga.
“Apabila terlalu sibuk, ada juga rasa bersalah kerana kurang meluangkan masa bersama anak. Hanya hujung minggu saya akan peruntukkan sepenuhnya untuk keluarga. “Kalau tidak sibuk, tiada rezeki pula. Saya cuba sebaik mungkin untuk menjadi isteri dan ibu kepada keluarga. “Apa yang saya usahakan sekarang adalah demi masa depan mereka."
Wawa kini cuba mengalihkan perhatian ke bidang penerbitan filem menguruskan syarikat produksi miliknya Respected Citizen Sdn Bhd. Wawa dan Aeril berkahwin pada tahun 2013 dan selain Hayla, 6, mereka mempunya tiga orang anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Ayya Soffya, 2 dan Jibril Ibtisam, 3 bulan.
“Selain sibuk dengan produk kosmetik, saya cuba untuk kembangkan kerjaya ke dunia pernerbitan filem. “Saya masih lagi berlakon jika ada watak dan masa yang sesuai." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|