CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tawar Pengurusan Jenazah Percuma, Noorkhiriah Kata Ia Kerja Amal Yang Menginsafkan

21-2-2022 11:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1066| Komen: 0|Original author: tatod

Sumber BH


Hampir dua tahun menjalankan kerja amal dengan menawarkan khidmat pengurusan jenazah secara percuma, pelakon Noorkhiriah, 44, bersyukur kerana usaha itu mendapat sokongan ramai pihak.

Memetik laporan Media Hiburan, walaupun perkhidmatan yang diusahakan oleh suaminya, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah itu disalurkan tanpa bayaran, aktres berkenaan bagaimanapun yakin rezeki Allah sentiasa ada untuk pasukannya yang sedia membantu mereka yang memerlukan.

"Alhamdulillah, ramai yang bermurah hati memberikan bantuan keperluan dan memuji usaha itu. Namun, saya ingin jelaskan bahawa saya tidak melakukan apa-apa pun. Semuanya dijalankan oleh suami dan pasukannya.

Sumber BH

"Saya cuma menguar-uarkan di Instagram, berkongsi maklumat bahawa perkhidmatan pengurusan jenazah yang diberikan untuk golongan sasaran adalah percuma. Akan ada pasukan yang bantu dari awal hingga selesai untuk semua peringkat usia," katanya.

Pelakon yang membintangi drama Nur itu berharap agar mereka terus istiqamah menjalankan usaha berkenaan. Katanya, setiap kali suaminya dipanggil untuk memberikan bantuan pengurusan jenazah, pasti ada saja cerita yang menginsafkan di sebalik pemergian arwah.


"Kadang-kadang, ada yang meninggal pada usia muda. Pernah juga suami uruskan jenazah yang tersimpan selama empat tahun kerana dipercayai ketiadaan waris. Secara tidak langsung, ia memberikan keinsafan pada diri.

"Ada yang tanya, kenapa saya lakukan perkhidmatan itu dan bukannya usaha lain. Jujur, saya tiada jawapan. Mulanya, suami terbabit untuk hantar jenazah ke tanah perkuburan sahaja tetapi ada kes tertentu yang dia sama-sama terlibat dalam proses pengurusan jenazah dari mandikan, kafan, solat hinggalah dikebumikan," katanya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.618635 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top