CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Taufiq Hanafi Nak Kahwin, Jumpa Bakal Isteri Di PUBG

21-2-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3773| Komen: 13

"Terima kasih kepada PUBG (aplikasi permainan), sebab melaluinya kami berkenalan,".

Demikian kata pelakon, Taufiq Hanafi, 31,  yang hari ini sah bergelar tunang kepada kekasihnya, Farah Azrina, 28, menerusi majlis pertunangan yang berlangsung tengah hari tadi. 


Taufiq ketika dihubungi berkata, dia dan Farah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam tahun ini. 


Foto: IG

"Kalau mengikut perjanjian untuk syarat, kami letakkan setahun untuk tempoh bertunang. 

"Tapi Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, kami nak melangsungkan perkahwinan pada Oktober tahun ini," katanya kepada Harian Metro.


 

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkenalan kedua-dua mereka, pelakon filem Ola Bola dan Paskal itu tidak pernah menyangka bahawa mereka akan jatuh cinta menerusi aplikasi permainan itu. 

"Sebelum ini, kami kenal dari kawan tapi tak rapat. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua, saya ada muat naik satu status untuk memuat turun semula aplikasi PUBG dan Mobile Legend memandangkan ada banyak masa di rumah. 




"Tak sangka pula, dia antara orang yang komen dan mempelawa saya untuk menyertai pasukannya. Dari situ, kami mula berkawan rapat dan seterusnya jatuh cinta," katanya. 

Majlis pertunangan antara Taufiq dan Farah berlangsung di kediaman keluarga Farah di Rawang dan disaksikan keluarga daripada kedua-dua belah pihak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acepark 21-2-2022 10:44 AM
ni mesti salo chicken dinner
Quote AKAZ85 21-2-2022 11:49 AM
Tak kenal..
Quote Kancilkering 21-2-2022 12:09 PM
ingat hanafi mana
Quote nakkomenjugak 21-2-2022 01:22 PM
Whoisyuhhhh???
Nasib tunang lawa
Kalau tak lawa, nak ke ekau?
Quote 3chanceno 21-2-2022 01:39 PM
Cantik gal nie...tapi dak laki nie sapo & kurang hensem
Quote dudaberhias 21-2-2022 01:44 PM
who r yusssss... muka macam jejan jahat bad boy dambaan cikki...
tapi cikki tu lawa... nampak muda bergetah lagi...
Quote manehnya 21-2-2022 02:34 PM
3chanceno replied at 21-2-2022 01:39 PM
Cantik gal nie...tapi dak laki nie sapo & kurang hensem

dia dlu blakon dlm paskal, jd ustaz... ex neera azizi
Quote bbi25 26-7-2023 04:35 PM
Uish ni fall in love sebab dengar suara dulu ke? Betul betul tak pandang rupa ye
Quote HoneyManjer 26-7-2023 04:46 PM
aku ni datua sangat ke tak knl retis2 baru2 nih
Quote dudaberhias 26-7-2023 04:50 PM
Nauzubillah min zalik who is yuhhhhhh... Walaupun iols dah who r yusss haritu dekat komen atas tu... Iols sambung balik who are yusss yach... Dah setahun kemudian pun iols still tak kenal heols...

Quote Kurex 26-7-2023 04:50 PM
Siapa sundel 2 ekor ni....
Quote anony-mous 26-7-2023 04:54 PM
I xboleh tgk muka laki ni rasa x sedap hati. Xtau nk explain mcm mana walaupon heols jarang berlakon tp muka dia mmg lekat dlm ingat iols atas sbb yg dinyatakan
Quote I.K.A888990 26-7-2023 05:55 PM
tahniah tahniah walaupun tak tau siapa

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063455 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top