CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shah Iskandar Tonton Video Berita Kematian Diri Sendiri Di TikTok

21-2-2022 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1261| Komen: 2

Penyebaran video di aplikasi TikTok mendakwa Shah Iskandar sudah meninggal dunia mengejutkan aktor tersebut.

Gara-gara berita palsu itu, Shah, 40, berkata dia dihujani banyak pertanyaan daripada teman-teman yang mahu mendapatkan kesahihan mengenai video berkenaan.



Foto: IG

"Semasa itu saya sedang menjalani penggambaran, terkejut apabila ramai orang bertanya mengenai video berkenaan.

"Saya cari video itu di aplikasi TikTok, rasanya orang yang meninggal dalam berita tu nama dia Shah Iskandar juga tapi individu yang buat video berkenaan pakai gambar saya.


"Saya pun tak pasti cerita sebenar... apa-apa pun Alhamdulillah saya masih hidup lagi," katanya kepada mStar.



Sebelum itu menerusi Instagram, Shah menafikan dakwaan kononnya dia sudah meninggal dunia seperti dalam rakaman video tular di TikTok.

“Kepada yang cuba buat video viral saya meninggal kerana kemalangan kereta atau motor, tak apa saya maafkan.

“Mungkin lain kali check dulu betul ke tak sebelum nak letak di TikTok ya sebab macam inilah reaksi saya masa tengok video tu... tergosok-gosok mata tau,” tulisnya pada ruangan kapsyen.




Dalam pada itu, pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku ini meminta individu berkenaan menyemak dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkan kepada umum.

"Tak baguslah macam ni, tak selidik dahulu tapi pakai main post kat TikTok, sekarang ni mereka nak content sanggup buat apa sahaja.

"Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 21-2-2022 11:31 AM

Penyebaran video di aplikasi TikTok mendakwa Shah Iskandar sudah meninggal dunia mengejutkan aktor tersebut.

Gara-gara berita palsu itu, Shah, 40, berkata dia dihujani banyak pertanyaan daripada teman-teman yang mahu mendapatkan kesahihan mengenai video berkenaan.
Quote Normabaru 21-2-2022 12:09 PM
Ni baru cth jantan bukan mcm si bini jah..ikan puyu..siap berkau aku..gelabah!hahahaa

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.211997 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top