CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Tengok Jalan Lama, Kereta Berkarat- Kampung Lenyap 30 Tahun Lalu Muncul Kembali

21-2-2022 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2898| Komen: 15

Madrid: Sebuah perkampungan di Aceredo di Sepanyol, yang sebelum ini 'lenyap' selama 30 tahun kerana pembinaan empangan, kini dapat dilihat semula.

Ia selepas kemarau menyebabkan paras air empangan berkenaan turun mendadak.

Mirror UK melaporkan kawasan kampung yang tenggelam itu dapat dilihat selepas kawasan berkenaan tidak dilanda hujan selama hampir dua bulan.

Foto: Reuters

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat bumbung bangunan di permukaan empangan Lindoso di barat laut Sepanyol itu.

Penduduk tempatan dapat melihat kereta berkarat dan jalan lama.


Ketika musim kemarau, kampung lama itu akan muncul semula selepas ditenggelami 30 tahun lalu selepas pembinaan empangan hidroelektrik sebelum ini menyebabkan kampung itu tenggelam.

Bagaimanapun, kini adalah musim sejuk, tetapi hampir keseluruhan kawasan kampung itu dapat dilihat.

Kapasiti empangan itu pada masa ini hanya 15 peratus.

Ia sekali gus mendedahkan bangunan dan struktur di kampung berkenaan.

Pesara Maximino Perez Romero, 65, berkata dia berasa seperti sedang menonton filem. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 21-2-2022 11:27 AM

Madrid: Sebuah perkampungan di Aceredo di Sepanyol, yang sebelum ini 'lenyap' selama 30 tahun kerana pembinaan empangan, kini dapat dilihat semula.

Ia selepas kemarau menyebabkan paras air empangan berkenaan turun mendadak.
Quote kucingitam 21-2-2022 11:48 AM
rasanya kat msia pun ada mcm ni juga kan..empangan temenggor ke mana tah, ada baca ritu tapi lupa..
Quote epullipan 21-2-2022 11:51 AM
kucingitam replied at 21-2-2022 11:48 AM
rasanya kat msia pun ada mcm ni juga kan..empangan temenggor ke mana tah, ada baca ritu tapi lupa..

kalau kat Perlis tu tasik timah tasoh tu,katanya ade beberapa kampung bawah tu..kawan cerita kalau dok atas bot area tu kalau sesat cari kayu panjang jolok dasar cari jalan tar cari jalan
Quote sekngucing 21-2-2022 12:13 PM
kucingitam replied at 21-2-2022 11:48 AM
rasanya kat msia pun ada mcm ni juga kan..empangan temenggor ke mana tah, ada baca ritu tapi lupa..

tasik kenyir pun sama
Quote annehuda 21-2-2022 12:16 PM
kucingitam replied at 21-2-2022 11:48 AM
rasanya kat msia pun ada mcm ni juga kan..empangan temenggor ke mana tah, ada baca ritu tapi lupa..

rasanya tasik pedu tu.  kt tasik tu masih ada kubur, kalau kering kubur tu akan muncul balik. aku penah pegi betul-betul sebulan sblm pandemik tu
Quote chinta89 21-2-2022 12:16 PM
kat Empangan Kenyir pun ada perkampungan tinggal tp x sure penah berlaku ke tak kwsn tu kering n kampung lama timbul kembali mcm dlm artikel. rasa mcm x pernah berlaku.

sedih jugak bc psl kg tu, yelah terpaksa ditenggelamkan. ada bc interview dai pemberita, dia org lama kat kg tu. pakcik ni cerita pengalaman dia tgal kat kg tu sebelum pindah sb nk buat empangan kenyir. mesti dia sedih sb kg dia dah x wujud..
Quote tripleid 21-2-2022 01:33 PM
Dokumentari 1976,kisah Kg.Ganda yang tenggelam bawah tasik temenggor,Perak..

[youtube]rXOtc0Pg4is[/youtube]
Quote cmf_premierleag 21-2-2022 01:42 PM
sapa2 yg ada kenangan 30thn lps di kampung tu konfem touching lps dpt tgk struktur kampung yg dh lama lenyap dr pandangan
Quote Skuau 21-2-2022 07:18 PM
tripleid replied at 21-2-2022 01:33 PM
Dokumentari 1976,kisah Kg.Ganda yang tenggelam bawah tasik temenggor,Perak..

wow!..'Melayu' betul muka drng...x mcm pelakon drama kul 7 tu semua...
Quote mbhcsf 21-2-2022 08:31 PM
ahh begitu nostalgic sekali ....nice..poignant landscape.
Quote tripleid 22-2-2022 01:10 PM
Skuau replied at 21-2-2022 07:18 PM
wow!..'Melayu' betul muka drng...x mcm pelakon drama kul 7 tu semua...

org kg tu pun asal selatan thai jgk..
Quote Artemesiaa 22-2-2022 01:14 PM
Kat negara kita kalaulah berlakunya kemarau teruk tak hairan perkara macam ni boleh terjadi
Quote Decaffeinated 22-2-2022 04:49 PM
tripleid replied at 21-2-2022 01:33 PM
Dokumentari 1976,kisah Kg.Ganda yang tenggelam bawah tasik temenggor,Perak..

Gigih aku khatam tengok sebab boleh relate





Quote tripleid 22-2-2022 04:57 PM
Decaffeinated replied at 22-2-2022 04:49 PM
Gigih aku khatam tengok sebab boleh relate

Kalo tgk dlm google streetview ..rupa2nya rumah baru ala2 rumah felda yg gomen bagi tu masih ada smpai skrg.kukuh betul,pdahal rumah papan je
Quote Decaffeinated 22-2-2022 06:48 PM
tripleid replied at 22-2-2022 04:57 PM
Kalo tgk dlm google streetview ..rupa2nya rumah baru ala2 rumah felda yg gomen bagi tu masih ada s ...

Rumah kayu ni jgn terbakar ja.

Walau pun kayu murah actually they were treated anai2 tak nak makan. Anai2 lebih suka attack perabut kalau rumah takde penghuni.


Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062391 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top