CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Kesihatan Di Luar, Sarang Pelacuran Di Dalam

21-2-2022 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1743| Komen: 9

Kuala Lumpur: Kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kesihatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, terbongkar dalam serbuan polis.

Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan serbuan Op Noda di premis berkenaan kira-kira 7 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, seramai enam wanita tempatan yang disyaki pelacur berjaya ditahan.


Foto: Harian Metro

"Polis turut menahan tiga lelaki tempatan yang mengaku sebagai penjaga premis.


"Pemeriksaan kemudian merampas pelbagai kondom, tuala, minyak urut dan wang tunai berjumlah RM2,035," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 373 serta 372B Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 21-2-2022 11:26 AM

Kuala Lumpur: Kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kesihatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, terbongkar dalam serbuan polis.
Quote chinta89 21-2-2022 12:25 PM
aku nak tanya la yg pusat kesiahtan mcm ni dia biasanya servis ape. spa? gunting rambut? massage kaki?
Quote ifanonline 21-2-2022 12:28 PM
chinta89 replied at 21-2-2022 12:25 PM
aku nak tanya la yg pusat kesiahtan mcm ni dia biasanya servis ape. spa? gunting rambut? massage kak ...

majoriti servis urut...ada yg genuine buat massage service, tetapi yg buat service pelacuran ni telah mencemarkan industry massage di malaysia...padahal malaysia mempunyai ramai tukang urut tradisional yg mempunyai permintaan yg tinggi...
Quote laksmanabentan 21-2-2022 01:12 PM
chinta89 replied at 21-2-2022 12:25 PM
aku nak tanya la yg pusat kesiahtan mcm ni dia biasanya servis ape. spa? gunting rambut? massage kak ...

biasanya mmg urut gitu...
tapi biasa la nama juga jantan sangap..
bila diurut oleh pompuan, mula la tangan tu tak reti duduk dia...
lepas tu sanggap la pulakk...

tapi kalau pompuan tu tak respond tak jadi la apa2..
da pompuan tu pun sanggap gakk..
makanya terjadi la penawaran...
langsung ler jadi... hahahaa...
Quote plywood 21-2-2022 01:26 PM
laksmanabentan replied at 21-2-2022 01:12 PM
biasanya mmg urut gitu...
tapi biasa la nama juga jantan sangap..
bila diurut oleh pompuan, mula l ...

ada tengok video dan kejadian betul spt ini... orang putih minta urut dengan perempuan indon. Tangan lelaki tu memang tak reti duduk diam... perempuan tu melarang dengan berulangkali cakap no... no... no..  sambil tepis-tepis.. kesian jugak english limited macam tu...  tapi akhirnya tak boleh jugak bertahan...

Quote laksmanabentan 21-2-2022 01:34 PM
plywood replied at 21-2-2022 01:26 PM
ada tengok video dan kejadian betul spt ini... orang putih minta urut dengan perempuan indon. Tang ...

tu masa telengkup belakang... da settle urut belakang..

berbaring la pulakkk dengan segala mencanakkk...

siapa tak bernafsu uoollsss..
dapat pulak jantan sanggap offer 3-4 ratus gitu ker...
terus onnnn.....


Quote tompie 21-2-2022 02:09 PM
Yang aku tau ade je Health Centre yang clean tapi berapa kerat aje pun..Kebanyakannye mmg ada extra service sebab permintaan banyak.

Quote TeropongThaico 21-2-2022 04:45 PM
Edited by TeropongThaico at 21-2-2022 04:47 PM

Pernah terjadi aiol dgn partner nak gi urut kaki dkt tpt kesihatan dkt sini. Tgk signboard mmg tptnya. Elok nak masuk sorg budak pompuan mulayu keluar tanya hajat kitarg. Dia blh ckp kami tak urut yg tu. Slamber gila.
Sekali lg gi tpt siam. Mmg deols terima tp muka masing2 termasuk customer deols yg menunggu mcm cuak tgk kitarg. Yg hairan customer lelaki yg dtg semua tunggi tak gi urut pun sampai kami blh sejam lps tu
Quote musangbodoh 22-2-2022 12:01 AM
plywood replied at 21-2-2022 01:26 PM
ada tengok video dan kejadian betul spt ini... orang putih minta urut dengan perempuan indon. Tang ...

aku rasa ko ptt share link video tu...nk confirmkan jer

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.052216 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top