CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Sekuntum' Panggilan Sejak Kecil, Sharifah Rose Tak Tahu Kewujudan Jenama Sama

21-2-2022 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10309| Komen: 80

Susulan kontroversi dituduh menciplak jenama produk sedia ada di pasaran ketika melancarkan produk jenamanya diberi nama Sekuntum, akhirnya pelakon Sharifah Rose tampil membuat penjelasan berhubung isu berkenaan.


Menurut Sharifah Rose atau lebih mesra disapa Rose, 23, dia tidak mengetahui mengenai kewujudan jenama yang diperkatakan itu hinggalah dimaklumkan selepas melancarkan video promosi di laman sosial.


Foto: IG

"Pada awal pemilihan nama untuk syarikat kajian sudah pasti dijalankan cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu bersama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di Instagram.


"Perkataan ‘sekuntum' ini sangat dekat di hati Rose kerana ia adalah panggilan keluarga untuk Rose sejak kecil lagi. Kami memutuskan untuk mendaftar nama Sekuntum kerana ia tidak terhad kepada bunga ros saja.

"Pada awalnya team Rose ada memberi cadangan untuk menamakan brand ini sebagai Sekuntum Rose tetapi saya menolak kerana tidak mahu ianya hanya tentang diri saya. It’s about all flowers, shapes, colors and sizes," katanya.


Pelakon drama 3 Nota Cinta ini menjelaskan mengenai pemilihan nama untuk jenama tudungnya itu menerusi Instagram pada Ahad.

Pada Sabtu, seorang pengguna Twitter mendakwa pelakon ini meniru jenama dengan ejaan berbeza namun wujud persamaan pada penggunaan logo tiga kelopak bunga.



"Selamba artis keluarkan brand nama sama ejaan saja lain, business nature sama, signature bunga tiga kelopak sama dan rekaan logo huruf kecil sama.

"Bila nama brand hampir sama, customer pun confuse. Akhirnya picisan ni tertindas, nak dapat follower 10K pun makan tahun,” tulisnya yang dipercayai pemilik perniagaan tudung jenama Sekuntom.

Dalam pada itu, Sharifah Rose berkata segala persiapan membuka perniagaan itu telah melalui proses kajian oleh pasukannya terlebih dahulu.



"Banyak aspek perniagaan yang perlu dipertimbangkan memandangan segala persediaan sudah dilaksanakan. Buat masa ini, sekali lagi, dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf sekiranya Rose dianggap mencetuskan kekeliruan dan tentunya sebelum memulakan bisnes kajian telah dibuat oleh team saya.

"Checklist untuk mendaftar syarikat juga telah dibuat dan jujurnya kami telah pun mendaftar website syarikat www.sekuntum.com pada bulan September lalu.

"Mana mungkin kami akan teruskan proses ini jikalau benar tuduhan yang ditujukan kepada kami. Saya tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak," ujarnya.



Sementara itu, Sharifah Rose berkata insiden ini memberi banyak pengajaran kepadanya dalam membina perniagaan.

"Sejujurnya Rose telah pun mengambil iktibar daripada isu ini untuk dijadikan pengajaran buat diri dan perniagaan Rose dan saya terima segala feedback, baik atau buruk kerana dengan cara itu sahaja saya dapat belajar dan berkembang.

"Rose ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan yang diberikan ke atas isu yang sedang hangat diperbualkan.

"Sebagai pendatang baharu dalam dunia perniagaan, banyak lagi yang Rose perlu belajar dan Rose terima semua pandangan dan kritikan dengan hati yang terbuka. InsyaAllah, Rose akan sentiasa memperbaiki kekurangan diri untuk terus berjaya.

“Akhir sekali, Rose berharap agar kedua-dua pihak dapat berkembang mekar bersama. Kami sudah menghubungi Macamilk dan menyelesaikan secara peribadi," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duquesne 21-2-2022 10:34 AM
Tak cukup research atau tak habis research.. setakat berbeza O dan U tu tak bermakna 100% original idea. Machine learning dan AI pun boleh suggest similar spelling atau similar account name kat internet tu (masa buat research). Tu belum lagi issue dia ambik gambar susu dari Macamilk dan ubah brand ke sekuntum dia tu.

Kalau dah register bagai, boleh je inactivate, dissolve company atau apply for change of name kat SSM tu. Benda yang boleh buat jangan dicomplicate kan..

Tak sokong dan tak menyampah pun dengan dia ni. Cuma menyampah bila terang2 dia ciplak branding dan gambar orang lain and still nak justify apa dia buat.
Quote Meiizu 21-2-2022 10:37 AM
dah nama sama..takkan logo pun saama
Quote Normabaru 21-2-2022 10:40 AM
duquesne: Tak cukup research atau tak ha ...


Free hair kt Thai blh apelah sgt meniru..bkn Allah nmpk Pon..lols
Quote nanasno 21-2-2022 10:40 AM
apa yang dia jual? susu ke tudung ke ? tak dapat tangkap apa dia jual. but seriously dia copy sebijik2 kotak susu tu ape kejadah teruk sangat. kita yang marhen ni pun tak sampai hati nak tiru sebiji2 design buat sendiri ok. kalu inspired takpe la. ini sebijik sebutat ko tukar nama brand je
Quote acepark 21-2-2022 10:42 AM
tukar la nama berkuntum-kuntum ke
Quote fairy_fairy 21-2-2022 10:54 AM
Yihhhh
Baru jer uols type S.E.K.U.N kat insta dah naik segala accounts yang pakai this name. Lagi nak cakap tak tau kewujudan this brand??? Kalau uols launch brand in the 90s bolehlah nak menipu tak tau. Ini zaman bitcoin NFT segala nakkk. Kau google nama yang kau ingat dah unik sangat untuk cafe, sekali dah wujud pula kat Kepulauan Fiji sana

Screenshot_20220221-104940_Instagram.jpg
Quote chanthik 21-2-2022 11:01 AM
Minah ni memang bodoh khuens? Dalam erti kata lain tak bijak belajar

I baca Twitter ada yang cakap sheols banyak  drop course uni, last-last masuk uni swasta jah
Quote katak hijau 21-2-2022 11:03 AM
Buat la sekoontoom ke
Quote bvsf06 21-2-2022 11:08 AM
Nama lebih kurang sama satu hal, tp takkanlah branding mcm logo, font semua tu pun sama? Research apa namanya tu?
Quote shahreen 21-2-2022 11:15 AM
duquesne replied at 21-2-2022 10:34 AM
Tak cukup research atau tak habis research.. setakat berbeza O dan U tu tak bermakna 100% original i ...

Yang Macamilk tu gambar mana you?
Quote I.K.A888990 21-2-2022 11:18 AM
nampak sgt nk play victim ni
Quote slyfynx 21-2-2022 11:35 AM


Yg ini ke?
Kredit kosmo.com.my

artikel asal kosmo
Quote kucingitam 21-2-2022 11:52 AM
baru 1st time dgr brand sekuntom ni.. yg aku tau brand 2 kuntum..
Quote 3chanceno 21-2-2022 12:07 PM
Kazen meols memang nama dia bermula Bunga xxx xxxx..jadi kita semua panggil dia bunga sedari baby sampai ler dah jadi mak orang.

Nie apa dipanggil sekuntum pat rumah? Cam sukar nak percaya..excuses yg dia kasik tu sukar masuk akal kerana kalo kita google sekejap je naik nama2  brand yg dah ada
Quote makton 21-2-2022 12:08 PM
susah nak percaya cakap minah ni sejak dia kantoi di negara jiran berfree hair
Quote 3chanceno 21-2-2022 12:10 PM
fairy_fairy replied at 21-2-2022 10:54 AM
Yihhhh
Baru jer uols type S.E.K.U.N kat insta dah naik segala accounts yang pakai this name. Lagi na ...

Meols agree dgn komen uols..
Sukar nak percaya alasan yg dia bagi tu kalo ada research team tak kan lah tak boleh detect
Quote Normabaru 21-2-2022 12:11 PM
Mak itik 2.0 in the making
Quote Normabaru 21-2-2022 12:12 PM
3chanceno replied at 21-2-2022 02:07 PM
Kazen meols memang nama dia bermula Bunga xxx xxxx..jadi kita semua panggil dia bunga sedari baby sa ...

Dah kantoi tp indenial.mcm mak itik laa
Quote SANKURIANG 21-2-2022 12:19 PM
Protege si jahkobis ke ia ni?????

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.510197 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top